Sunday 20 January 2013

MASYARAKAT JAWA SOKONG BN






GEMBIRA....Salah seorang OKU Kg Jawa 1, gembira mendapat sumbangan kerusi roda daripada Juslie.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KERAJAAN tidak akan meminggirkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU)  untuk mendapatkan apa sahaja bantuan yang diperlukan daripada kerajaan.

Masyarakat  yang sempurna juga dinasihatkan agar tidak terlalu  memandang rendah kepada golongan ini kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti insan biasa yang mahukan serbi serbi indah  pada diri mereka.

"Mereka juga tidak minta dilahirkan ke dunia dalam keadaan sedemikian; akan  tetapi adalah suratan takdir yang menentukan," ujar Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol kepada media sejurus selepas menyampaikan bantuan kerusi roda kepada salah seorang OKU yang tinggal di Kampung Jawa 1,  Batu 12, Jalan Labuk, kelmarin.

Katanya, kerajaan BN banyak memberikan bantuan kepada rakyat jelata yang layak seperti BR1M RM500, Bantuan 1 Azam, Bantuan TR1MA 4 biji tayar,  bantuan PPRT, Bantuan RM100 Persekolahan dan bantuan Tangki Air 1Malaysia.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Kampung Jawa 1, Rukidi Rukimin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Juslie yang p berjiwa rakyat kerana begitu prihatin terhadap kebajikan masyarakat Jawa  di kampung ini yang tidak lagi tersisih daripada menikmati pembangunan negara.

“Saya mewakili masyarakat suku Jawa di kampung ini, akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Ahli Parlimen Datuk Juslie dan ADUN Sungei Sibuga yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman untuk  mempastikan kerusi Palimen Libaran dan Kerusi DUN Sungei Sibuga kekal menjadi milik BN selepas PRU. 13 nanti,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment