Saturday 19 January 2013

MUZIUM SAKARAN DIBUKA SEMPENA REGATTA






TAKLIMAT...Dato Sri Nasir (dua kiri) diringi Joanna Datuk Kitingan (kiri) dan Nursih Nursirih (tengah) dan ADDO Abdullah Sukka (kanan) mendengar taklimat pembangunan oleh Pegawai Pembangunan Muzium, Lester Milip (dua kanan) sempena melawat bangunan Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal, Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN


SEMPORNA: Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, telah melakukan lawatan dan tinjauan ke bangunan Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal dekat sini.

Turut serta mengiringi tinjauan itu Pengarah Muzium Negeri Sabah, Puan Joanna Datuk Kitingan; Penolong Pegawai Daerah Semporna (Pentadbiran), Nursih Nursirih; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Musa Sabaani; dan kakitangan UPKR dan DUN Senallang.

Sempena lawatan dan tinjauan itu, Dato Sri Nasir dan rombongan diberikan taklimat pembangunan oleh Pegawai Pembangunan Muzium, Lester Milip dan Penolong Pegawai Kurator Muzium Sabah, Judith John Baptist.

Muzium Tun Sakaran dijangka akan dibuka kepada orang ramai sempena Regatta Lepa Semporna dan kini dalam proses pengisian bahan-bahan sejarah berkaitan sejarah mantan Yang di-Pertua Negeri Ke-8 dan bahan-bahan sejarah berkaitan kebudayaan; kesenian Daerah Semporna.




KURATOR.....Dato Sri Nasir (tiga kanan) diringi Pengarah Muzium, Joanna Datuk Kitingan (tiga kiri); Penolong Pegawai Daerah, Nursih Nursirih (dua kanan); Pemimpin UPKR, Tahir Amir; Ketua Daerah, OKK Musa Sabaani (tengah belakang) mendengar taklimat ringkas Penolong Pegawai Kurator Muzium Sabah, Judith John Baptist (kanan) sempena melawat bangunan Muzium Tun Sakaran di Kompleks Inabah Kamal, Semporna

No comments:

Post a Comment