Tuesday 8 January 2013

NAJIB SIHAT WAL AFIAT





Oleh :  ABDUL RAHIM SABRI

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat wal afiat.
           
Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak supaya 'tidak mendengar' dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.

"Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan gelak ketawa hadirin.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis perasmian di Bursa Malaysia pagi ini.

Blog politik Sarawak Report beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang 'mild stroke'.

No comments:

Post a Comment