Sunday 20 January 2013

PATI BANGSAMORO DIGESA PULANG






KUALA LUMPUR : Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) berharap pelarian dan pendatang tanpa izin Bangsamoro di Sabah akan kembali ke tanah air mereka kerana kawasan Mindanao di Filipina dijangka aman sentosa selepas perjanjian damai dimeterai pada Oktober tahun lepas.

Pengerusi MILF Murad Ibrahim berkata golongan itu berhijrah ke Sabah untuk lari daripada konflik dan kemelut ekonomi.

"Sabah adalah pilihan semula jadi kerana ia dekat, aman dan menyediakan perlindungan serta peluang. Memandangkan keadaan kembali aman di Mindanao, saya fikir mereka akan pulang secara beransur-ansur," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar bertajuk 'Islam di Asia Tenggara: Cabaran dan Harapan' di Pusat Dagangan Dunia Putra Sabtu.

Beliau berkata MILF amat berterima kasih kepada Malaysia dan kerajaan negeri Sabah serta akan meminta bantuan bagi memujuk pelarian Bangsamoro untuk kembali ke tanah air mereka.

Katanya, hanya pelarian perang Bangsamoro yang berhijrah ke Sabah pada awal 70-an diberi kerakyatan Malaysia.

Murad juga berkata Bangsamoro memerlukan bantuan Malaysia untuk mengeksploit sumber semula jadi yang kaya di negara mereka. (Bernama)

No comments:

Post a Comment