Tuesday 8 January 2013

PEKERJA ASING PATUT BAYAR LEVI SENDIRI






KUALA LUMPUR : Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) meminta kerajaan menetapkan supaya levi pekerja asing kembali dibayar oleh mereka dan bukannya majikan.

Ini kerana peningkatan kos yang tinggi berikutan pelaksaaan gaji minimun di negara ini, kata Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan dalam kenyataan di sini Isnin.

"Kos tambahan kepada majikan untuk melaksanakan dasar gaji minimum negara ialah sekitar RM8.4 bilion setiap tahun. Untuk melegakan beban besar ini, MEF mencadangkan pekerja asing sendiri dikehendaki membayar levi mereka, tidak lagi oleh majikan," katanya.

Shamsuddin berkata levi berkenaan, yang selama ini dibayar oleh majikan sejak April 2009 berjumlah kira-kira RM2.5 bilion setiap tahun, sebenarnya adalah sebagai cukai pendapatan pekerja berkenaan.

"Jadi, adalah bertepatan sekali pekerja asing sendiri membayar levi mereka. Majoriti pekerja membayar cukai pendapatan mereka dan hanya sebilangan kecil diberi keistimewaan cukai pendapatan dibayar oleh majikan mereka," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment