Saturday 5 January 2013

PEMANDU LORI HIBUR ORANG TUA





Oleh : ROZIE JUMAT
           
PAPAR  :  Persatuan Kebajikan Pemandu-Pemandu Lori Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Tompinai Group telah mengadakan lawatan amal ke Holy Family Residen Rumah Orang Tua Purak, di sini.

Pengerusi  Tompinai Group, Laijuh Charles Masenau berkata, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk memberi penghiburan kepada penghuni Rumah Orang Tua Purak sempena sambutan hari krismas, dan sambil menyerahkan sumbangan ahli-ahli persatuan itu kepada golongan yang memerlukan.

Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti Tompinai Group yang telah dirancang untuk aktiviti amal. Seramai 20 orang ahli membuat lawatan dan memberikan sumbangan berupa makanan asas dan keperluan berupa penyapu, mop, pencuci lantai dan piring. Sumbangan tersebut adalah dari keikhlasan hati para ahli yang kebanyakannya pemilik kenderaan komersil dan persendirian.

“Kami berasa gembira kerana dapat menyumbangkan keperluan kepada rumah kebajikan, bertemu mesra dengan penghuni warga emas yang membawa keinsafan kepada kita semua untuk saling bantu membantu dan menyayangi,” ujar Laijuh.

kata Laijuh Charles Masenau, lawatan persatuan bersama ahli keluarga itu juga bertujuan memupuk rasa cinta kasih dan kesedaran tentang pentingnya menjaga Orang tua seperti mana mereka menjaga Kita suatu Kecil dahulu.

Hadir sama sempena lawatan itu ialah Timbalan Pengerusi, Thomas Langkiad ;  Bendahari, Medrad Dahelan ;  Penolong Setiausaha, Jimmy Basinau dan Penasihat, Yus Kuntagil.

Tompinai Group merupakan satu persatuan pengguna kenderaan berat dan persendirian yang membentuk satu kumpulan agar saling dapat bantu membantu apabila berlakunya masalah terutamanya semasa bekerja atau di atas jalan. Mereka yang berminat untuk menyertai bolehlah menghubungi Laijuh melalui talian 013 5572455.

No comments:

Post a Comment