TAWAU : Pemeriksaan terhadap
rakyat asing di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Tawau tengah
hari semalam adalah operasi biasa, kata Pengarah Imigresen Sabah Datuk Muhamad
Mentek.
Beliau berkata dalam operasi
dari 11 pagi hingga 12.30 tengah hari, melibatkan 12 anggota dan pegawai
Jabatan Imigresen itu dibuat berikutan aduan orang awam.
"Seramai 53 rakyat
asing di kawasan CIQ diperiksa. Ketika operasi ramai daripada mereka cuba
melarikan diri, berlindung di feri penumpang dan ada yang terjun ke laut.
"Kami menahan 15 lelaki
dan wanita Indonesia dan Filipina berusia antara 16 dan 52 tahun," katanya
kepada Bernama ketika dihubungi.
Muhamad berkata demikian
sebagai mengulas kejadian seorang rakyat asing, Kahar Koko, 37, yang dikhuatiri
lemas selepas terjun ke dalam laut apabila menyedari kehadiran pegawai dan
anggota Jabatan Imigresen di CIQ itu. (Bernama)
No comments:
Post a Comment