Sunday 6 January 2013

PEMIMPIN DAP AKUI KESILAPAN






Oleh : DEBRA CHONG

KUALA LUMPUR : Pemimpin DAP hari ini menyifatkan kesilapan dalam pemilihan parti sebagai 'memalukan' dan cuba menyelamatkan diri mereka dengan menyalahkan kesilapan yang berpunca dari teknikal dan bukannya cuba menipu undi seperti didakwa lawan mereka.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dan penasihatnya, Lim Kit Siang, mengatakan mereka mengakui bahawa adalah kesilapan, dan ia menjadikan satu kekuatan bahawa mereka boleh dianggap oleh rakyat Malaysia sebagai berakauntabiliti atas tindakan mereka.

“Kami sudah dapat mengagak bahawa ia akan menerima kritikan dari pelbagai pihak, tetapi mengumumkan kesilapan tersebut menunjukkan kami bersikap telus,” kata Karpal dalam sidang medianya di George Town.

Lim turut mengeluarkan nada yang sama dengan ahli parlimen Bukit Gelugor itu dengan berkata walaupun akan berlaku serangan politik mengenai isu ini, tetapi pimpinan telah bersatu hati mengatakan parti tersebut perlu bersikap jujur kepada parti untuk rakyat, dan menghadapi reaksi negatif dengan terbuka.

“Lawan politik kita mungkin melihat ini sebagai satu kelemahan untuk mereka cuba eksploitasi dan memecahkan parti, tetapi sebenarnya inilah kekuatan kami di mana pimpinan DAP bersedia untuk mengakui kesalahan, yang memang memalukan kerana kita percaya kepada sifat rendah diri, dan ‘kejujuran adalah terbaik’,” kata ahli parlimen Ipoh Timor dalam kenyataannya.

Pihak lawan mereka dari parti pemerintah Barisan Nasional (BN) telah secara terbuka di laman sosial dan media arus perdana mengkritik parti yang didominasi kaum Cina tentang cara mereka menguruskan pemilihan parti Disember lalu, dengan melihat calon Melayu diketepikan dari jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) walaupun cuba untuk tidak menjadi dominan kepada sebuah kaum sahaja.

Kesilapan pemilihan parti DAP menjadi tajuk utama di akhbar seluruh negara hari ini.

Timbalan pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan oleh agensi berita Bernama berkata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng bertanggungjawab ke atas kesilapan yang 'pelik' ini.

“Walaupun ini mungkin perkara kecil tapi implikasinya amat besar, banyak orang boleh mempertikaikan integriti, kewibawaan serta ketelusan yang diperjuangkan DAP di mana Guan Eng kena jawab dan jelaskan,” kata Muhyiddin, yang juga timbalan perdana menteri, yang dilaporkan oleh Bernama di Tanjung Malim, Perak hari ini.

Parti tersebut juga dikritik oleh bekas timbalan pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berkata Melayu tidak ada tempat dalam parti tersebut.

Pendatang baru, Zairil Khir Johari (gambar, kiri), 30, dilantik sebagai anggota CEC, selaku pembantu setiausaha publisiti nasional, satu tindakan yang dikatakan pengkritik dan musuh politik mereka sebagai “cuba mengawal kerosakan dari berlaku”.

Setiausaha politik Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang, pada Khamis lalu bahawa pengiraan semula menyebabkan beliau percaya kepada DAP sebagai parti yang berdiri teguh dengan ketelusan dan boleh dipercayai oleh generasi muda.

CEC kini mempunyai dua wakil Melayu, seorang lagi ialah Senator Dr Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai naib pengerusi parti.

No comments:

Post a Comment