ROBOH
......Pelantar roboh di Kg Gelam-Gelam berikutan bangunan lama roboh pada
Disember lalu dan belum dibaiki lagi
SEMPORNA: Para pengusaha
rumpai laut di Kg Gelam-Gelam, di sini, memerlukan bangunan pelantar (jemuran
rumpai laut) yang baru memandangkan bangunan yang lama telah roboh pada
Disember tahun lalu.
Menurut Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Gelam-Gelam, Usman Abdul Kata,
pihak pemaju telah membina bangunan pelantar berkenaan pada tahun 2010 atas
kelulusan Jabatan Perikanan negeri.
Namun, katanya, dipercayai
pihak pemaju tidak mengikut arahan kerja sebagaimana yang disediakan oleh
Jabatan Perikanan.
Setelah pelantar berkenaan
roboh pada awal pagi 24 Disember 2012, jam 9.30 pagi, beliau telah membuat
laporan polis bagi memudahkan pihaknya membawa perkara itu kepada jabatan
berkenaan.
”Saya menghubungi pejabat
perikanan untuk melaporkan kes terbabit berserta gambar dan laporan polis,
supaya bangunan itu dapat dibina semula oleh pihak Jabatan Perikanan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau amat
kesal dengan jawapan yang diberikan oleh pihak perikanan daerah yang
mengarahkan supaya bangunan itu dibina menerusi gotong-royong oleh penduduk
kampung tanpa adanya kos dikeluarkan.
Usman berkata, kos membina
pelantar sebegitu panjang dan luas untuk dua bangunan berkembar melibatkan
kewangan banyak iaitu sekitar RM130,000. Ia merangkumi rumah sepanjang 100 kaki
dengan kelebaran 30 kaki manakala pelantar selebar 50 kaki dan 200 kaki
panjang.
Katanya, bangunan itu amat
berguna bagi orang kampung khususnya para penternak rumpai laut untuk dijadikan
tempat mengering dan memunggah rumpai yang baru dituai dari laut.
Beliau berkata jika pihak
jabatan perikanan tidak membangunkan semula pelantar yang sudah roboh itu mata
pencarian penduduk akan terjejas disebabkan tapak pengeringan amat sukar
diperolehi.
Usman merayu supaya pihak
Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dapat memberi perhatian
serius demi untuk keperluan masyarakat nelayan di kampung itu. (UB)
No comments:
Post a Comment