Monday 14 January 2013

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 24 JANUARI






AJK INDUK...Dato Sri Nasir (duduk lima kanan); Datuk Amri A.Suratman (duduk lima kiri)  mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian AJK Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1434H/2013M di Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Umat Islam dialu-alukan menghantar kontinjen teramai bagi memeriahkan sambutan perarakan Maulidur Rasul SAW 1434H/2013 yang bakal dilangsungkan pad 24 Januari 2013 depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434H/2013M, Dato Sri Haji Nasir Tun sakaran, menjelaskan pelbagai program telah dan sedang disusun bagi memeriahkan sambutan tahun ini termasuklah pertandingan Sepanduk; Kontinjen perarakan terbaik; Kontinjen perarakan teramai dan kontinjen penyertaan melebihi 1,000 orang ke atas.

Nasir berkata, semua peserta perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW itu akan berhimpun di Padang Merdeka  dan akan mula berarak  menuju ke perkarangan Masjid Negeri Sabah bermula pada jam 8.00 pagi.

Beliau berkata demikian sempena mempengerusikan mesyuarat  Jawatankuasa Induk  Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434H/2013M di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri sabah (Jheains),Datuk Haji Amri A.Suratman serta semua AJK Sambutan yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Daerah;Majlis Perbandaran Sandakan dan Tawau; Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan & Swasta dan badan-badan NGO’s Islam.

Nasir berkata, Perarakan kontinjen Maulidur Rasul SAW itu akan didahului oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah,Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Datuk Hajah Norlidah Datuk R.M Jasni diirngi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima  Musa Haji Aman dan isteri Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin, Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Sambutan Maulidur Rasul SAW 1434/2013 serta dif-dif kenamaan lain.

Sempena sambutan tahun ini pihak jawatankuasa telah menyediakan pelbagai hadiah dan anugerah termasuklah Anugerah Maulidur Rasul; Peraduan Menulis Teks Khutbah; Segmen Khas Maulidur Rasul di radio; Penerbitan Khas; Syarahan Perdana dan Pentas Carta Sirah Nabi Adikku.

Nasir berkata, Sambutan tahun ini yang bertemakan Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah berobjektif meningkatkan rasa cinta terhadap junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menjadikan Baginda sebagai suri teladan utama dalam kehidupan; mengeratkan ukhuwah Islamiah, mengukuhkan persefahaman dan memantapkan semangat perpaduan yakni, wahdatul ummah di samping membudayakan ilmu menerusi aktiviti keilmuan dan memantapkan budaya syura dan amal jama’ie di kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, Nasir menegaskan aktiviti perarakan, pertandingan Sepanduk, Lontinjen Terbaik, Penyertaan Kontinjen 500 orang ke atas (kurang1000 orang) dan penyertaan kontinjen 1,000 orang ke atas bertujuan menonjolkan kerjasama dan permuafakatan masyarakat dalam memantapkan perpaduan ummah disamping aktiviti memperkembangkan bakat penulisan seni khat.

Antara objektif utamanya pula bagi mengeratkan ukhuwah Islamiah, mengukuhkan persefahamana memantapkan perpaduan iaitu 'Wahdatul Ummah' di samping menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul SAW.

Nasir yang juga Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah turut  mengalu-alukan umat Islam menghadiri Majlis tahlil dan Doa sempena menyemarakan sambutan Maulidur Rasul SAW pada 23 Januari 2013 bermula 5.00 petang di Masjid Negeri  Sabah.

No comments:

Post a Comment