Tuesday 22 January 2013

PERKASA UNTUK SIAPA?






Saudara Pengarang,

MOHON izin dan restu untuk menggunakan ruang Portal Online Sabahkini.Net untuk membidas kenyataan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang sudah keterlaluan.

Saya ingin merujuk berita yang tersiar di Sabahkini.Net pada 20 Januari 2013 yang bertajuk 'Kenyataan Ibrahim Ali Berapi-Api'  di mana Ibrahim menyuruh  umat Islam membakar Kitab Injil yang menggunakan Kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian.

Sebagai hamba Allah dan orang Islam, saya tidak setuju sama sekali dengan tindakan liar Ibrahim Ali yang mengugut mahu membakar kitab Injil tersebut seolah-olah tidak bertamaddun. Kita tidak tahu apa sebenarnya motif PERKASA dan Ibrahim Ali berbuat demikian

Apa matlamat dan tujuan utama PERKASA ditubuhkan? Kita difahamkan kononnya PERKASA mahu membela hak orang Melayu. Apa kekuatan PERKASA mahu membela masib dan mempertahankan hak orang Melayu kerana UMNO sudah menjaga kepentingan hak asasi orang Islam dan Melayu.

Kerajaan telah memberi pelbagai bantuan kepada PERKASA tetapi mereka membalas dengan tunjuk perasaan atau demonstrasi sehingga rakyat keliru dengan hala tuju PERKASA.

Tidak cukup dengan itu, PERKASA sering mencari masalah dan menjadi penyibuk dengan melaga-lagakan orang Melayu, Cina dan India sehingga menimbulkan sentimen perkauman dan anti perpaduan.

Tindakan Ibrahim Ali dan PERKASA  mengacah-ngacah kaum  Cina dan India di atas muka bumi Malaysia telah menimbulkan kebencian mereka terhadap orang Melayu yang kononnya diwakili PERKASA.

Sebenarnya, Ibrahim Ali tidak layak menjadi Presiden PERKASA kerana tidak mempunyai  daya  kepimpinan yang dinamik yang boleh membawa kebahagiaan kepada bangsa, agama dan negara ini.

Salam Hormat,

ROSMAN ABDUL KADIR
Kampung Mangkalinau Sandakan

No comments:

Post a Comment