Wednesday 16 January 2013

PERLANTIKAN BONNY TERUS DIPERTIKAI






Oleh : RICHARD P. ANDIANG

LEBIH 4,000 Ahli PERKASA di daerah Sandakan, Kinabatangan dan Beluran terkejut bila terbaca berita di beberapa akhbar tempatan termasuk portal online Sabahkini. Net kelmarin  yang bertajuk, 'KB PBS Sandakan Kini YDP Perkasa Sabah'  terbitan 14 Januari 2013.

Perlantikan Bonney @ Yusof Abdullah sebagai Yang DiPertua PERKASA Negeri Sabah tidak mendapat restu oleh 90 peratus ahli-ahli PERKASA di seluruh negeri Sabah dan mereka telah mempertikaikan perlantikan  secara mendadak  itu kerana tidak mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

Abdul Muis  Amran Dullah seorang ahli PERKASA Sandakan yang enggan gambarnya disiarkan mendakwa  Bonney @ Narceso P Juanico adalah orang Visaya yang pengenalan dirinya diamat diragui dan bukan tergolong sebagai Pribumi atau bumiputera.

“Kami hairan macam mana Bonny dilantik sebagai YDP PERKASA Negeri Sabah? Nampaknya mereka yang melantik Bonney sebagai YDP tidak waras kerana tidak merujuk latar belakangnya terlebih dahulu.

Tambah Muis, sudah  tiada orang lainkah yang lebih layak untuk menyandang jawatan YDP selain Bonney yang mempunyai rekod buruk dan jenayah penipuan di sana sini.

Manakala Tiabalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan menjelaskan Bonny bukanlah seorang pemimpin yang baik kerana tidak pandai mentadbir; sinonim dengan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim  Ali yang selama ini menjadi tali barut kepada UMNO.

Yang amat dikesalkan jelas Zainuddin, PERKASA kononnya NGO tetapi hampir semua aktiviti PERKASA mirip kepada politik memecah belah dan suka mencampuri urusan Kaum Cina dan India.

“Sejak dari dulu lagi, Bonny gemar mempergunakan nama persatuan  sebagai jambatan untuk mencari dana  untuk kepentingan dirinya” ujarnya.

Sebagai contoh kata Zainuddin, pada Ramadan tahun lalu, PERKASA  Sandakan tanpa restu PERKASA Pusat telah menganjur beberapa  siri  ceramah di Dewan Masyarakat Sandakan. Setiap yang hadir  dikenakan bayaran RM10.

"Dalam ceramah yang di sampaikan oleh Bonny; beliau menjanjikan setiap orang yang menjadi ahli PERKASA akan  mendapat  ganjaran  iaitu  Saham Amanah Rakyat Sabah sebanyak RM5,000," kata Zainuddin.

Kata Zainuddin, disebabkan orang ramai teruja dengan janji manis yang dilafazkan Bonny, maka Dewan penuh sesak setelah yakin mendapat saham; namun akhirnya ditempelak kerana hanya janji kosong sahaja.

"Sewajarnya PERKASA membuka pintu agar jawatan tertinggi NGO berkenaan ditandingin dan bukannya dilantik," kata Zainuddin yang yakin Bonny akan kecundang sebelum masuk gelanggang.

No comments:

Post a Comment