Monday 14 January 2013

PKR TEPATI JANJI, LAPOR SPRM




LAPOR......Zainuddin menunjukkan laporan yang beliau dan rakannya buat di hadapan pejabat SPRM Sandakan.


SEBAGAIMANA dijanjikan, hari ini rombongan Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Cabang, Zainuddin Bin Hassan telah membuat laporan SPRM mengenai Projek Perumahan Rakyat Termiskin yang runtuh di Kampung Lupak dan Kampung Air Sandakan baru-baru ini.

Turut serta mengiringi Zainuddin ialah ; Naib Pengerusi I, Aris Remigius; Naib Pengerusi II, Awang Massali dan AJK Cabang dan Ketua Ranting Bahagia, Jain Bayang.

Dalam laporan PKR, mereka meminta supaya SPRM menyiasat kontraktor yang melaksanakan projek PPRT tersebut dan Pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bahagian pembangunan serta Pengerusi JKKK Kampung terlibat; menyiasat Kementerian dan Mneteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dituduh terlibat kerana memberi mandat kepada FELCRA untuk mengendalikan PPRT dan mengagehkan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak ada pengalaman dalam pembinaan Bangunan PPRT.





LAPORAN......Salinan laporan Zainuddin yang difaikan di SPRM Sandakan.


Menurut Zainuddin, pihaknya sentiasa memandang berat isu kepincangan dan rasuah dalam projek pembangunan kerajaan terutama yang dilaksanakan sambil lewa oleh KKLW dan agensinya.

"Kami membuat laporan ini demi kepentingan rakyat jelata yang selama ini diabaikan kebajikan mereka oleh Kerajaan BN, terutama oleh Adun Batu Sapi yang turut bersubahat dengan kontraktor dan FELCRA," kata Zainuddin yang kesal kerana tidak ada pihak kerajaan yang berlapang dada membuat laporan SPRM terhadap segala kepincangan yang berlaku.

Sehubungan itu, Zainuddin berharap agar SPRM segera bertindak dan tidak memilih bulu, terutama menyiasat amalan rasuah yang dilakukan oleh Menteri KKLW melalui Projek Top-Up. (MEDIA PKR Batu Sapi)

No comments:

Post a Comment