Friday 11 January 2013

POLIS HARAMKAN HIMPUNAN SABAH BANGKIT






KETUA polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengeluarkan kenyataan berikutan perhimpunan Sabah Bangkit yang akan berlansung pada 12 Januari 2013 bertempat di Taman Chong Thien Vun pada jam 2.00 petang.

Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan perhimpunan ini tidak mendapat sebarang permit daripada polia atau mana-mana jabatan berkenaan yang seterusnya membawa kesalahan undang-undang mengikut akta perhimpunan aman 2012.

Apa respon penganjur perhimpunan?

Penganjur perhimpunan Sabah Bangkit adalah Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) menyatakan bahawa mereka tidak mahu 'bertuhankan' Akta Perhimpunan Aman.

Mereka yakin dan percaya, rakyat berhak duduk dan berada di mana-mana sudut di negeri ini. Mereka merasakan, akta ini yang dibentuk selepas adanya perlembagaan yang menjamin hak berhimpun adalah rangka; menghakis sedikit sebanyak hak berhimpun.





Akta ini bukanlah cara untuk mendisiplinkan peserta. Sebaliknya, peserta itu sendiri yang menentukan suasana perhimpunan. Sekali lagi, mereka yakin dan percaya, rakyat sudah matang dan sangat bersopan santun.

Himpunan ini akan berlansung dengan aman dan tidak akan menjejaskan ketenteraman awam. Selaku penganjur, mereka akan meneruskan perhimpunan ini kerana mereka terus berpasak pada jaminan perlembagaan.

No comments:

Post a Comment