Wednesday 9 January 2013

PPPS BANTU MANGSA LANGGAR LARI






Oleh : Z MAJAI

BERSIMPATI dengan musibah yang menimpa mangsa langgar lari, Roslim Bin Sabli @ Ulim @ Obau; Jawatankuasa Pemuda PPPS Beaufort telah menganjurkan satu tabung kutipan khas untuk beliau dalam satu majlis santai sempena menyambut tahun 2013 di kediaman Datuk Seri Panglima Hj Lajim Hj Ukin di Kg.Kaundo baru-baru ini.

Hasil kutipan atau sumbangan ikhlas daripada hadirin pada malam itu terkumpul sebanyak RM755.40 telah diserahkan oleh Ketua Pemuda PPPS, Mohd Azman Hj Lajim kepada ayah Roslim iaitu Sabli bin Samat dengan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pemuda, Roslan Hj Jifneh serta jawatankuasanya di rumah Lajim di Kg Kaundo, Beaufort.

Mohd Azman berharap agar seluruh keluarga Roslim tabah menghadapi dugaan yang menimpa ini dan berdoa agar Roslim cepat sembuh seperti sediakala.

Dalam kejadian langgar lari berkenaan, yang berlaku di Jalan Menumbok-Kampung Kaundo baru-baru ini, Roslim cedera parah dan patah tangan sebelah kanan.

No comments:

Post a Comment