Thursday 10 January 2013

RAFIZI SANGSI ICAC GUGUR SIASATAN





         
Oleh :  HAZLAN ZAKARIA
           
PENGARAH strategi PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan satu laporan New Straits Times kelmarin bahawa Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong mengugurkan siasatan rasuah didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

"Saya sangsi bahawa ia (laporan) yang benar," katanya yang mempersoalkan memetik sumber tidak dinamakan itu.

Dalam dua kunjungannya ke Hong Kong sebelum ini, kata Rafizi, penyiasat yang mengetuai siasatan tersebut menegaskan bahawa badan berkenaan tidak akan mendedahkan apa-apa butiran atau status siasatan tersebut kepada sesiapa sekalipun.

"Itu adalah cara mereka bekerja... Sebab itu saya percaya (laporan berita) itu mungkin tidak benar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rafizi berkata beliau bagaimanapun akan menghantar surat kepada ketua siasatan ICAC, yang ditemuinya sebelum ini, untuk memaklumkan mengenai laporan akhbar New Straits Times yang mendakwa demikian.

Dalam laporan kelmarin, akhbar berbahasa Inggeris itu yang memetik sumber tidak dinamakan, mendakwa ICAC memutuskan untuk mengugurkan siasatan berkenaan kerana tidak memperolehi bukti baru.

No comments:

Post a Comment