Friday 11 January 2013

RAMPASAN TERBESAR UBAT, ALAT SEKS





           
CAWANGAN Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur membuat rampasan terbesar pelbagai jenama ubat perangsang dan peralatan seks bernilai RM1.25 juta dari sebuah premis kedai dua tingkat di Jalan Pasar di ibunegara semalam.
   
Ketua Penguatkuasa di cawangan itu, Adnan Salimin berkata dalam serbuan pukul 2.30 petang itu, pihaknya menemui ubat perangsang dan peralatan seks berkenaan disimpan dalam tiga bilik manakala dua bilik lagi sudah dikosongkan.
   
Beliau memberitahu pemberita di tempat serbuan, barangan  yang dirampas itu dipercayai untuk dijual kepada peniaga kaki lima di Jalan Pudu, Lorong  Haji Taib, Bukit Bintang, Jalan Petaling dan kedai-kedai ubatan tradisional  sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
   
Menurutnya, serbuan dibuat hasil maklumat orang awam serta risikan jabatan itu selama dua bulan.
   
Adnan menasihati orang ramai supaya tidak membeli ubat di kaki lima atau pasar malam memandangkan ia tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan berbahaya kepada kesihatan.
   
Katanya, penggunaan ubat kesihatan lelaki atau perangsang seks yang
mengandungi bahan 'sildenafil' dan 'tadalafil' tanpa kawalan doktor atau ahli farmasi boleh menyebabkan kesan sampingan seperti tekanan darah rendah, sakit otot serta gangguan penglihatan.
   
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Akta Racun 1952. (Bernama)

No comments:

Post a Comment