Friday 11 January 2013

SAH, KP SEKONG AKAN TINGGALKAN PBS






KENANGAN...... Boni (tiga dari kiri) bersama, Mahmod (bertopi) yang diwar-warkan bakal keluar PBS/BN dan akan menyertai PKR Batu Sapi.


Oleh : JOSEPH PILAI  ANDAU

KETUA Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Sekong, Narcesso Bonny P Juanico bakal  mengikuti jejak Ketua Pemuda Bahagian PBS Sekong Mahmood Tarsan yang akan keluar beramai-ramai dari PBS/BN untuk menyertai parti PKR Batu Sapi.

Mahmood yang kini bertugas di Jabatan Hidupan Liar Sandakan telah menghubungi media kelmarin dan menyatakan mereka dengan 500 orang ahli-ahli Pemuda yang diketuainya sendiri akan keluar daripada PBS Sekong masa terdekat ini dan akan menyertai Parti PKR Batu Sapi.

Mereka akan keluar dari PBS dan Barisan Nasional (BN) kerana sudah hilang keyakinan kepada kepimpinan  Ketua  Bahagiannya, iaitu Boni  yang tidak mempunyai wawasan untuk membela nasib ahli-ahli PBS yang semakin terhimpit.

“Soal siapa calon memang kuota PBS. Kami tidak akan mempertikaikan, yang penting mereka boleh menjaga nasib dan kepentingan rakyat di Sekong tanpa mengira kaum agar sama-sama mendapat keistimewaan  dan kemudahan asas,” tegas Mahmod.

Kata Mahmood, jika dibandingkan Pemuda UMNO dengan Pemuda PBS dari segi taraf kehidupan; maka lebih baik Pemuda UMNO kerana ahli Pemuda UMNO banyak mendapat manfaat; sama ada dari segi projek dan sebagainya; berbanding dengan Pemuda PBS yang saban hari hanya menelan air liur basi.

“Buat apa kami terus menunggu dalam PBS dan BN yang tidak ada faedahnya. Lebih baik kami menyertai parti pembangkang iaitu PKR yang mempunyai masa depan yang cerah kerana rakyat di kawasan Batu Sapi sudah pasti akan menolak calon BN pada PRU 13 nanti,” tegasnya.

Kata Mahmod, terpulanglah kepada Bonney kalau  mahu mengikut jejak mereka untuk meninggalkan PBS/BN kerana beliau tidak memaksanya.

"Lagipun dalam PBS Bonney seperti bergendang tin kosong. Suara nyaring berdesing tetapi kosong, habukpun tak ada. Hanya cakap besar tetapi ciri-ciri kepimpinan langsung tiada. Kami ragui kerakyatannya," ujar Mahmod.

Kata Mahmood lagi, PBS dahulu memang berpengaruh besar tetapi PBS sekarang hanya jadi kuda tunggangan UMNO. Oleh itu masyarakat sekarang sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PBS iaitu Tan Seri  Joseph Pairin  Kitingan kaum KDCA kini berpecah belah;  40 menyertai Star dan 60 peratus menyertai PKR.

Tegas Mahmod, senarionya amat jelas kerana di mana-mana sahaja mereka yang memegang Kad Pengenalan H035XXXX dan H050XXXX merupakan penyokong tegar BN tetapi bagi bumiputera Sabah iaitu bukan dilahir dari Sulawesi ataun dari Filipina, majoritinya menyokong PKR.

"Jika ada orang kata PBS masih kuat pengaruhnya, itu temberang sahaja kerana mereka malu. Kalau UMNO mungkin saya percaya masih mendapat sokongan padu 80 peratus daripada pengundi Melayu. Tetapi kalau PBS, tahi anjinglah. Memang  benar, ahli-ahli PBS pokai dan terpaksa menagih simpati UMNO," ujar Mahmod yang tidak gentar dengan tindakan BN.

No comments:

Post a Comment