Sunday 20 January 2013

SOKONG BN DEMI KEMAKMURAN






BANTUAN....Terima kasih salah seorang penuntut menerima Bantuan awal  Persekolahan yang disampaikan sendiri oleh ADR Libaran, Juslie Ajirol.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SEJAK Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 1994, para pemimpinnya yang dipilih oleh rakyat jelata sebagai Wakil Rakyat tidak merasa jemu membantu para pengundinya dalam pelbagai aspek kerana sudah menjadi dasar kerajaan BN membangunkan kawasan yang diwakili tanpa pilih kasih.

Ahli Dewan Rakyat Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap di majlis Program Kilauan Permata 2013 sempena Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia  yang membabitkan seramai 553 murid  kelmarin.

Katanya, rakyat sekarang amat beruntung kerana kerajaan BN  sentiasa memberikan bantuan kepada penduduk setempat yang memerlukan terutama sekali kepada golongan yang kurang berkemampuan.

"Ini jelas  kerajaan BN begtu prihatin dimana setiap tahun anak-anak mereka yang bersekolah sentiasa mendapat bantuan sebanyak RM100.00 setiap murid,” ujar Juslie.

Seandainya mereka mempunyai anak seramai 5 orang yang  masih bersekolah, tambah Juslie, maka kelima-lima anaknya  tadi  turut  menerima bantuan tersebut yang berjumlah RM500.

Kerajaan BN, tambah Juslie sentiasa peka terhadap masalah rakyat, namun ada kalanya bantuan yang  dipohon agak lambat sedikit  sampai ke satu-satu kawasan kerana terpaksa melalui kajian dan melibatkan beberapa pihak.

Oleh itu, rakyat di Libaran harus menyokong  dasar-dasar kerajaan yang sedia ada kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib rakyatnya mencakupi pembangunan prasarana, sosio ekonomi, pendidikan, kesihatan dan juga keharmonian rakyatnya.

Majlis yang diadakan di Dewan Sebaguna Kampung Gum-Gum Batu 16, Jalan Labuk, Sandakan telah dihadiri seramai lebih 500 orang penduduk setempat.

Turut hadir ialah ADUN Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran Suhaimi Hj Nasir dan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

No comments:

Post a Comment