Thursday 17 January 2013

SPR ENGGAN KOMEN TENTANG RCI SABAH





         
Oleh :  KOH JUN LIN 

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak akan mengulas mengenai prosiding suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah sehinggalah selesai.

Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau telah diberi nasihat undang-undang bahawa berbuat demikian akan menghina prosiding RCI.

Katanya, SPR akan dipanggil memberi keterangan kepada RCI sekitar
bulan Februari.

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak wajar untuk beliau mengulas mengenai prosiding itu yang sedang berjalan.

Katanya, biarlah RCI menjalankan tugasnya sehingga selesai dan mengumumkan penemuannya.

Kemudian, katanya, barulah wajar bagi SPR untuk memberi respons.

Ketika dihubungi hari ini, Abdul Aziz juga berkata hampir 200 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada RCI.

Bagaimanapun, katanya, SPR kini mendaftar pengundi mengikut proses sewajarnya, dan tidak seperti apa yang didakwa berlaku lebih 20 tahun lalu.

Siasatan RCI itu, yang kini masuk hari keempat, telah mendengar keterangan para pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang mendakwa mereka telah diarahkan memudahkan pendatang mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1990-an.

No comments:

Post a Comment