Friday 11 January 2013

SPRM WAJIB SIASAT KONTRAKTOR CD JUGA






Saudara Pengarang,

SPRM wajib menyiasat syarikat yang telah menjalankan projek Community Drumming (CD) yang dikelolakan oleh KPKDNKK menerusi Majlis  Harga Barang Negara (MHBN) yang telah dijalankan di Sabah sejak 2009 lagi (Bahagian  Pantai Timur) dan bukannya terhadap KPDNK sahaja yang dipersalahkan!

Senario ini disebabkan kerakusan syarikat-syarikat terdahulu membuat tuduhan yang tidak benar kepada pihak tertentu setelah syarikat yang mereka gunakan menyertai tidak mendapat tender CD tersebut.

Kita ada mendengar bahawa syarikat terdahulu ada membeli banglo yang berharga berjuta-juta ringgit dan mengumpul bermacam-macam kereta mewah.

Dengar khabarnya, salah seorang kakitangan berjawatan Pegawai Penguatkuasa KPDNKK sanggup berhenti kerana diberi imbuhan yang lumayan dan dijadikan rakan kongsi.

Oleh itu, saya berpendapat agar KPDNKK jangan tunduk kepada tekanan yang tidak berasas itu!

Salam Hormat,

KONTRAKTOR KECIL KPDNKK   

No comments:

Post a Comment