KERING.....Baldi
kosong mangkok tandas dipenuhi najis selama 4 hari?
Saudara Pengarang
SAYA mohon ehsan agar Sabahkini.Net
dapat menyiarkan surat aduan ini
mengenai isu air di Taman Mesra yang semakin kritikal kepada 2,000 penduduk yang
marah kepada Jabatan Air dan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Sudah 4 hari kawasan
perumahan Taman Mesra terputus bekalan air dan kering kontang sehingga kini;
namun tidak dipedulikan oleh MPS dan
Jabatan Air Sandakan walaupun sudah beberapa kali dimaklumkan secara rasmi.
MPS dan Jabatan Air sedia
maklumkan bahawa 90 peratus penduduknya beragama Islam dan 78 peratus mereka
mengerjakan solat lima waktu; ada yang dibuat di rumah dan ada yang berjemaah
di Masjid Saidina Ali, Taman Mesra.
Ekoran ketiadaan bekalan air,
walaupun setitik, maka mereka tidak dapat mengerjakan sembahyang. Bukankah ini
satu dosa besar yang bukan alang kepalang
yang ditanggung oleh pegawai-pegawai Jabatan Air dan MPS yang beragama
Islam kerana tidak mengambil sebarang tindakan melaksanakan kerja-kerja
pemeriksaan; terutama mengenal pasti jika ada kebocoran batang paip sehingga
terputus begitu lama.
Sejak kelmarin, 80 peratus
penduduk Taman Mesra memaki hamum dan menyumpah seranah pegawai dan kakitangan
Jabatan Air dan MPS agar mereka ditimpa bala yang mengerikan kerana perbuatan
mereka dan dosa mereka kepada umat Islam
di Taman Mesra; yang tidak tertanggung beratnya kerana memutuskan bekalan air
yang disengajakan sehingga mereka tidak dapat mengerjakan sembahyang lima
waktu.
Air adalah keperluan segala
makhluk termasuk manusia. Kenapa Jabatan Air dan MPS terlalu kejam kepada
masyarakat Islam di Taman Mesra? Apa dosa-dosa yang kami sudah lakukan kepada
MPS dan Jabatan Air?
Kami harap selesaikan segera
masalah ini dan berikan penjelasan agar kami tidak hilang kesabaran dan bersembahyang
hajat minta Allah turunkan bala kepada
pegawai bersubahat melakukan sabotaj memutuskan bekalan air di Taman
Mesra.
Salam Hormat,
MAHSUM KARIM LABUKA
Penduduk Taman Mesra
No comments:
Post a Comment