Sunday 13 January 2013

SUSPEK DITAHAN BUKAN KES TANAH ADAT






Saudara Pengarang,

PIHAK PDRM, khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas penulisan dan  penyiaran artikel ini. Adalah diharapkan artikel oleh pihak tuan ini dan kenyataan awal dari pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau akan mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Berkaitan kandungan artikel bertajuk 'Bumi Dipijak Seperti Palestine?' yang disiarkan oleh portal ini pada 13 Januari 2013, adalah dimaklumkan bahawa penama tersebut tidak ditahan berkaitan mana-mana perihal Tanah Adat (NCR) di Kg Mangkadait.

Siasatan oleh pihak polis adalah berpandukan kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan (Ugutan Jenayah), berdasarkan satu laporan polis yang diterima.

Justeru itu, saya amat mengalu-alukan supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat berhubung dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau, untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Kerjasama dari semua pihak adalah dihargai dan saya memberi jaminan bahawa pihak PDRM akan menjalankan siasatan dengan telus tanpa menyebelahi mana-mana pihak.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Daerah Ranau atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ranau di talian 088-875222.

Sekian, Terima Kasih.

DSP ABD RAHMAN B. KASSIM
Ketua Polis Daerah Ranau

No comments:

Post a Comment