Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
SEMPORNA: Kematian seorang
kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Nur Effa Sahira Ringkasan yang
ditemui dalam tong dram berhampiran Kampung Salimbangun di sini dikenal pasti
berpunca daripada kecederaan di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah
Semporna, Deputi Superitendan Mohd Firdaus Francis Abdullah (gambar sisipan),
berdasarkan bedah siasat yang dijalankan, tiada kesan-kesan rogol atau cabul
dan kecederaan di bahagian badan lain mangsa.
“Berdasarkan laporan
terdapat lebam dan retak di bahagian kepala mangsa yang berkemungkinan akibat
terjatuh atau dihentak dan sebagainya.
“Bagaimanapun, kita tidak
dapat menentukan sama ada mangsa mati semasa di dalam tong dram atau sebaliknya
memandangkan otak mangsa telah reput,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau
menjelaskan polis belum lagi menahan mana-mana individu setakat ini dan giat
mengesan suspek utama yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.
“Polis telah menyoal siasat
ramai individu serta sedang berusaha mengumpulkan hasil siasatan dari segenap
sudut.
“Setakat ini, tiada suspek
telah ditahan selain polis sedang mengenalpasti siapa suspek utama yang
terlibat.
Nur Effa Sahira yang
dilaporkan hilang sejak 31 Disember tahun lalu ditemui mati Khamis lalu di
dalam sebuah tong dram kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Salimbangun
di sini.
Mengulas lanjut, Mohd
Firdaus berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan dan pihaknya sedang giat melaksanakan siasatan secara menyeluruh.
“Oleh demikian, kita
berharap orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini
agar tampil menghulurkan bantuan kepada polis bagi membantu siasatan,” katanya.
(UB)
No comments:
Post a Comment