Friday 25 January 2013

TIMBALAN KP UPKO 'JUTAWAN' KAKI TIPU?






Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SEORANG pemilik tanah yang mendakwa salinan geran tanah dan kad pengenalannya dipergunakan, kononnya berurusan dengan Bank Negara kira-kira tiga bulan lalu, meminta kerjasama Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Upko Kuala Penyu, Fredoline Pingo (Gambar) datang menemui mereka dan menyelesaikan urusan dengan mereka.

"Macam-macam khabar angin saya dengar. Sebab itu dia perlu tampil berjumpa dengan kami, kita mahu dengar penerangan dia sendiri," katanya.

Walaupun terlalu sibuk sejak menjadi jutawan segera, dia patut datang melihat kami dan menjelaskan keadaan yang sebenar.

Katanya, wakil dia sebelum ini mendesak kami menyerahkan salinan geran tanah dan dokumen pengesahan dari Jabatan Tanah serta salinan kad pengenalan yang disahkan Jabatan Pendaftaran Negara dengan segera tetapi selepas itu dia biarkan kami begitu saja.

"Hanya dalam beberapa bulan ini, kami dapati dia hidup mewah dan terlalu kaya. Apa punya cerita ini, dia patut kongsi rahsia kejaiban itu dengan kami," ujar tuan punya tanah itu.

Yang menghairankan, tambah beliau, ada beberapa kawannya yang menyerahkan salinan geran tanah itu bersamanya untuk urusan yang sama sebelum ini sudah juga menjadi kaya dengan tiba-tiba; malah dua orang daripadanya sudah membeli kereta mewah Super King dan seorang lagi telah membeli mesin jentera berat baru yang harganya sangat tinggi.

Perubahan cara hidup kawan-kawannya telah menimbulkan kecurigaan beliau dan kerana itu, "saya tidak akan berdiam diri.".

"Apabila saya tanya wakilnya, mulanya dia cakap sudah okey, tunggu saja. Tapi saya percaya mereka paksa dia pusing dia punya cakap," katanya.

"Hanya saya saja dipermain-mainkan, ini tidak patut dan dia (Fredoline) harus menjelaskan kepada saya, apa semua ini," jelasnya.

"Jika dia tampil dan menemui saya sekurang-kurang hati saya rasa puas. Saya bukan mahu merompak wang dia yang terlalu banyak itu," katanya.

Menurut beliau, lebih baik dia datang berjumpa kami yang jadi mangsanya sebab di mana dia mahu lari, kebanyakkan orang sudah tahu perbuatan mereka.

No comments:

Post a Comment