Sunday 13 January 2013

TUDM BUAT PENERBANGAN AMAL






PERSEDIAAN....Doktor dan jururawat merawat Mohd Renndy sebelum diterbangkan ke Kuala Lumpur.

KOTA KINABALU: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat satu penerbangan amal terhadap seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang menghadapi penyakit komplikasi jantung dan memerlukan perhatian segera di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Mohd Renddy Mohd Hariddy, ditemani ibu bapanya, Mohd Hariddy Mohd Fendy, 33, dan Martah Agu, 29, diterbangkan dengan menggunakan pesawat Charlie C130 di Terminal 2 Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 6.30 petang pada Khamis lalu.

Pesawat itu dilaporkan telah mendarat dengan selamat di lapangan terbang TUDM kira-kira jam 10.30 malam pada hari yang sama.

Mohd Hariddu ketika ditemui berkata anaknya telah dimasukkan di wad Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Likas selama seminggu sebelum diarahkan untuk menjalani rawatan lanjut di IJN.

“Saya mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada TUDM kerana menerbangkan anak saya ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Media, Menteri Pertahanan (Sabah), Lieutenant Mohd Hafiz Mohamed Sabilan berkata TUDM sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. (UB)

No comments:

Post a Comment