Monday 7 January 2013

USTAZ AZHAR TIPU 'TUHAN' UMNO?





Oleh : KREW SABAHKINI.NET

TIDAK cukup dengan menipu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak di Majlis Pelancaran Mini Estet Sejahtera Felda di Kg Nala, Tungku; turut memperdaya penduduk Tg Labian mempercayai janjinya yang ditulis di atas Surah Yassin; Ustaz lulusan Universiti Al-Azhar ini sanggup menipu 'Tuhan' UMNO apabila membina Surau Kg Simuning, Tambisan Darat dengan harga mega, RM270,000.


Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi mendedahkan demikian setelah tim pemantau AMK melakukan lawatan ke Tambisan baru-baru ini sebagai persediaan melakukan gerak gempur di DUN Tungku menjelang PRU-13.

Tegas Citra, jika seorang kontraktor Cina (meminta namanya dirahsiakan) sanggup menderma RM100,000 kepada surau yang dibinanya dengan nilai kontrak RM80,000; Ustaz Al-Azhar ini menambah nilai kontrak Surau Kg Simuning daripada RM250,000 kepada RM270,000 melalui sebutharga berasingan iaitu RM20,000 lagi untuk membina pagar dawai mata punai.

"Ustaz lulusan Al Azhar yang bernama Mohd Suhaili Said yang telah menjadi Adun Tungku sejak 1999 (bermula sebagai adun dilantik) begitu hebat sebagai pengikut Muawiah Abu Suffian dan Abu Jahal kerana pakar tipu muslihat," ujar Citra yang kagum dengan kehebatan siasah dan ilmu putar belit Adun Tungku.

Jika pada tahun lalu, kata Citra, ketika berucap di Majlis Pelancaran Rumah PPRT dan Mini Estet Sejahtera Kg Nala, Perdana Menteri telah menyindir Suhaili dengan mengatakan "sebentar tadi ada yang berbisik kepada beliau bahawa Kolam Ikan berdekatan dengan projek berkenaan bukannya Mini Estet Sejahtera, sebaliknya milik penternak luar"; Datuk Seri Najib berkata;

"Tidak mungkin Timbalan Yang Dipertua MUIS berbohong" (yang menyebabkan muka Suhaili kelihatan merah padam dan jawatannya sebagai Yang DiPertua MUIS diperbetulkan setelah dibisik Ketua Menteri Sabah).

Sehubungan itu, Citra meminta penduduk Tungku agar menolak kepimpinan Suhaili yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menjaga survival politiknya.

"Jika beliau sanggup menipu Allah Subhanawatalla dengan melakukan silap mata membina surau semahal ini, apatah lagi beliau tidak sanggup menipu para pengundi?" kata Citra yang sudah menyerahkan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah mendapat aduan bahawa seorang lelaki yang digelar 'Pendekar Mata Satu' menerima habuan RM20,000 daripada kontraktor.



KECIL.....Jarniah menunjukkan Masjid lama yang dibina bapanya dan surau baru yang dibina kerajaan.


Menurut Citra, beliau tidak percaya jika Pengarah Jabatan Pembangunan Negeri Sabah, Haji Matusin Sunsang sanggup bersubahat dengan Suhaili dengan mengubah pelan rekabentuk surau berkenaan dengan membina surau yang hanya berkeluasan 30 kaki X 30 kaki sahaja.

"Mengikut semakan kita, harga Surau Baru Kg Simuning di antara RM80,000 sehingga RM100,000 sahaja. Mustahil surau sekecil ini boleh mencapai RM270,000," ujar Citra sambil membandingkan surau berkenaan dengan Surau Kg Remang (di hadapan rumah Suhaili) dan Surau Dewata (Surau Haji Tuaran) yang masing-masing bernilai RM80,000 dan RM100,000 sahaja.

Selain daripada surau Kg Simuning, kata Citra, Surau Tambisan dan Surau Nipah juga begitu mahal iaitu bernilai RM150,000 yang dijalankan oleh proksi dan kroni Suhaili.

Citra turut kesal kerana projek berkenaan dimonopoli oleh Ketua Puteri UMNO Silam, Mizma Apehdullah yang mengguna kedudukannya dalam UMNO untuk memperkayakan diri sendiri namun memangsakan penduduk Simuning dengan projek Surau yang tidak bermutu.

Dalam pada itu, Editor Sabahkini.net yang kebetulan berada di Lahad Datu baru-baru ini telah sempat singgah meninjau surau yang didakwa Citra sebagai terlalu mahal.

Daripada tinjauan Krew Sabahkini.net bersama Editor dan penduduk kampung, memang diakui surau berkenaan terlalu mahal berbanding dengan mutu, keluasan dan senibina.

Seorang penduduk Kampung Semuning, Bari Bin Musad @ Mustapha, 31, mengakui projek membina surau ini bermula pada 9 mei 2012 dan tarikh sepatutnya siap pada 12 September 2012, namun sehingga 26 Disember 2012, projek berkenaan belum siap sepenuhnya.




"Walaupun pendawaian telah siap tetapi bekalan elektrik belum dipasang, siling bocor di sana sini dan jubin lantai surau tidak dipasang dengan sempurna. Mimbar pun tidak ada," ujar Bari yang masih bersembahyang lima waktu di Masjid lama yang terletak berhampiran.

Manakala Jarniah Binti Abdul Karim yang sebelum ini telah mendedahkan isu Surau kampung Semuning dalam Videoklip bertajuk 'Islamophobia Terlampau!' dan 'Masjid Di Kampung TYT Berdindingkan Angin?' turut tidak berpuas hati dengan projek ala kadar berkenaan.


"Kami mengharapkan Masjid yang cukup luas untuk menampung jemaah yang semakin ramai. Tetapi kami hanya mendapat surau yang sebegini kecil," ujar Jarniah.

Tegas Jarniah, sikap Suhaili agak keterlaluan kerana telah menurunkan taraf Masjid Nur Jannah Al-Karim di Kampung Simuning kepada 'Surau' yang kelihatan seperti 'Tin Sardin' kerana tidak dapat memuatkan jemaah yang ramai.

Kata Jarniah, beliau tidak percaya sebagai Yang DiPertua MUIS, Suhaili sanggup menghina umat Islam di Kampung Simuning, terutama Al-Marhum bapanya yang membina Masjid berkenaan dan TYT Tun Juhar Mahiruddin.



MURAH......Surau Al Mukmin yang terletak di hadapan rumah Suhaili hanya berharga RM80,000.




 BERPATUTAN.....Surau Kg Dewata hanya menelan kos RM100,000.


"Kontraktor berkenaan bukan sahaja tidak cekap menjalankan kerja malah dikontrak kepada beberapa sub kontraktor sehingga mutu binaannya seperti rumah PPRT yang bocor di sana sini," ujar Jarniah yang kesal jika benar dakwaan subkontraktor bahawa Ketua Puteri UMNO Silam yang mendapat kontrak berkenaan tetapi menggunakan lesen Sinar Mutiara Development.

Jarniah bagaimanapun menggesa agar TYT dan Ketua Menteri Sabah campurtangan dengan menaiktaraf surau ini bagi mengelak isu ini dimanipulasikan oleh pembangkang terutama PKR dan SAPP yang semakin mendapat sambutan hangat penduduk Tambisan.

"Islam mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Perlembagaan Persekutuan; tambahan pula sebagai umat Islam kami terkilan dengan layanan kelas kambing; apatah lagi Surau baru kami ini banyak cacatnya," ujar Jarniah yang menggesa agar Masjid lama dijadikan madrasah sebelum PRU-13.

Videoklip Akan Menyusul Dalam Masa Terdekat!

No comments:

Post a Comment