Sunday 20 January 2013

WANITA DISARAN TINGKATKAN KEMESRAAN






Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
         
BEAUFORT: Pengerusi Pergerakan Wanita Barisan Nasioal (BN) Beaufort. Datuk Azizah Mohd Dun mahu semua ahli Wanita BN meningkatkan kemesraan sesama mereka sekali gus menjamin perpaduan dan kerjasama sedia ada dapat dipertahankan.

Beliau yang juga Adun Klias berkata penganjuran program-program yang bersifat santai adalah satu pendekatan yang berkesan bagi merapatkan hubungan dengan lebih akrab antara semua jentera wanita dalam parti komponen BN di sini.

“Saya lebih suka program-program kita adakan secara santai dimana kita dapat makan bersama-sama dan berhibur bersama-sama. Degan pendekatan sebegini ianya akan mewujudkan suasana yang mesra dan sudah tentu tiada jurang pemisah antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Wanita BN Beaufort dan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort di Bangunan Persatuan Warga Emas Beaufort.

Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut mengingatkan semua hadirin agar terus menyokong kerajaan BN yang telah membawa pelabagai pembangunan dan bantuan untuk faedah penduduk di negeri ini.

“Teruskan sokongan kepada kerajaan dan bekerja kuatlah demi memastikan BN akan terus mendapat mandat bagi meneruskan pembangunan di daearah dan negeri ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment