Monday 28 January 2013

WANITA KOMITED BAYAR PINJAMAN.






PUKUL.....Azizah memukul gong sambil disaksikan Isnin (dua kiri), Norida (dua kanan) dan Rashida (kanan) sebagai simbolik perasmian majlis sambutan Hari Keluarga, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Kota Klias dan majlis perasmian Serambi Belia Kg Rancangan Klias, Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Golongan wanita adalah pembayar terbaik dalam pelbagai kemudahan pinjaman yang disediakan oleh kerajaan atau institusi kewangan di negara ini kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, komitmen yang ditunjukkan oleh wanita dalam membayar balik pinjaman mereka menambah keyakinan kerajaan untuk terus menyediakan lebih banyak program bagi membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka dari semasa ke semasa.

“Telah terbukti bahawa hampir seratus peratus peminjam daripada kalangan wanita membayar balik pinjaman mereka mengikut jadual yang ditetapkan dan ini memberi keyakinan kepada kerajaan untuk terus membantu usahawan wanita di negara ini,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Keluarga, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Blok Kota Klias dan majlis perasmian Serambi Belia Kg Rancangan Klias, di sini kelmarin.

Hadir sama Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih;, Pengerusi AIM Daerah Beaufort, Noridah Jamuil; Pengerusi Belia Inovatif Kg Rancangan Klias, Rashida Sagap; Wakil Ketua Anak Negeri Dun Klias, Maarof Sidun dan Abidah Sapuan, Ketua Kampung, Mawang Onsi; Pengerusi JKKK, Jamadeh Abd Hamid dan Pengerusi Pro BN Beaufort, Osin Jilun.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias seterusnya berharap kepada 270 peserta daripada tujuh Blok AIM Kota Klias meningkatkan usaha dalam bidang perniagaan atau perusahaan yang diceburi bagi mencapai tahap kejayaan yang diharpkan.

Beliau juga turut mengingatkan peserta dan hadirin agar terus menyokong kerajaan BN bagi memastikan kesinambungan pembangunan yang banyak memberi manfaat kepada rakyat dapat terus dinikmati.

“Sebagai wakil rakyat saya amat berharap agar semua pesrta mempunyai komitmen yang tinggi untuk meningkatkan usaha dalam bidang perniagaan masing-masing. Kepada semua peserta dan penduduk, berilah sokongan kepada kerajaan yang ada sekarang.Jika ada yang sudah tersimpang baliklah ke pangkal jalan untuk kembali menyokong kerajaan kerana banyak yang dapat kita nikmati daripada pentadbiran kerajaan yang ada sekarang. Kita tidak ada pilihan yang lebih baik daripada BN,” katanya.

Dalam pada itu, Azizah yang berbangga dengan perkembangan positif dalam tranformasi belia di Dearah Beaufort itu mangajak golongan belia turut sama mengambil langkah pro aktif dlam bidang perniagaan apatah lagi dengan adanya kemudahan dan bantuan yang disediakan kerajaan kepada golongan itu.

“Saya melihat bahawa dalam beberapa tahun ini kita telah dapat membangunkan belia di daerah ini. Sejak tahun 2008 sahaja kita ada sebanyak 13 perstuan belia di sini dan 12 daripadanya telah pun berdaftar. Program Tranformasi Kerajaan (GTP) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengutamakan golongan belia. Justeru itu saya berharap golongan belia mampu menyahut cabaran dan bersaing dalam bidang perniagaan," kata Azizah.

Pada majlis yang diserikan dengan persembahan tarian itu Azizah menyempurnakan upacara memukul gong sebanyak tujuh kali dan penyerahan kunci Serambi Belia Kg Rancangan Klias sebagai simbolik perasmian.


No comments:

Post a Comment