Tuesday 15 January 2013

WARGA EMAS DIKHUATIRI LEMAS






LOKASI..... Pegawai Bomba menunjukkan kawasan mangsa terjatuh.

Oleh: JACKSON LU

TENOM: Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mazlan Haji Lazim masih belum mendapat petanda baru mangsa yang hilang dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang mandi di tebing Sungai Padas, Kuala Tomani sejak Sabtu.

Beliau berkata, gerakan operasi mencari dan menyelamat yang dikendalikankan Pasukan Bomba dan Penyelamat yang diketuai Ketuanya Runzee Abd Thani, kini terus giat melancarkan operasi mengesan mangsa.

Pada Sabtu lalu, mangsa Andaus Antagai, 61, dari Kg.Ketambalang Baru, Kuala Tomani hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Padas dan dihanyutkan arus ketika mandi di tebing sungai kira-kira jam 12 tengahari.

Dalam pada itu, menurut ahli keluarga mangsa, Lepileh Andaus yang juga anak pertama kepada mangsa berkata, bapanya (mangsa) ke sungai untuk mandi selepas sahaja siap rambutnya digunting untuk mempersiapkan diri ke majlis pertunangan anaknya Sapilin Andaus pada hari berkenaan.

Namun setelah beberapa jam tidak pulang ke rumahnya mereka mula sangsi kehilangan mangsa lalu mereka bergegas ke sungai untuk mencarinya namun kesan seperti sabun serta berus gigi mangsa dijumpai ditempat kejadian.

“Beliau ke sungai seorang diri namun kami mulai mengesyaki sesuatu apabila beliau tidak pulang ke rumah sehingga jam 1 sedangkan pada waktu itu paras air Sungai Padas naik akibat hujan lebat sejak beberapa hari yang lalu.

“Kami pergi ke tempat beliau mandi dan mencarinya disekitar tebing sungai namun tidak menjumpainya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi turut melawat ditempat kejadian dan diberi taklimat oleh Ketua Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat.

No comments:

Post a Comment