Friday 4 January 2013

WASPADA INDIVIDU MENYAMAR





KUCHING: Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah menasihati orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan meminta kad pengenalan daripada mereka.

Menurut beliau, ini kerana kakitangan JKM yang sebenar mempunyai pengenalan diri selain baju rasmi yang tertulis nama mereka.

“Bagi JKM, apabila kami turun padang, kami bias” “ Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga anya secara berkumpulan dan mempunyai pakaian rasmi dengan nama sekali yang memudahkan orang ramai mengenali.

“Sehubungan itu, saya menasihati orang ramai kalau mereka didatangi individu yang mengatakan mereka daripada sama ada JKM atau agensi lain seperti polis dan kastam supaya meminta pengenalan diri individu itu,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menyampaikan peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) ADUN Dalat (kawasan Kuching) kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Tambah Fatimah, JKM tidak pernah meminta sesuatu daripada orang ramai, sebaliknya membantu mereka yang memerlukan, miskin dan orang kelainan upaya (OKU).

“Kami merupakan sistem sokongan yang diwujudkan kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan dan tugas kami adalah membantu dan bukan meminta duit atau barang kemas,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapat individu yang didakwa menyamar sebagai kakitangan JKM membantu orang ramai namun meminta untuk menyerahkan ganjaran seperti barang kemas dan wang.

Sementara itu pada majlis penyerahan peruntukan MRP menyaksikan Persatuan Disleksia Sarawak menerima peruntukan sebanyak RM4,000, Persatuan Kejururawatan Profesional Sarawak (RM10,000) dan Persatuan India Sarawak (RM4,000). (UB)

No comments:

Post a Comment