Monday 14 January 2013

YANG GEMILANG, YANG TERBILANG






Oleh : DATUK TIGA BELAS 


WALAUPUN Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia yang Pertama dan Politik, namun gambar bersejarah ini tetap menjadi saksi dan nostalgia betapa Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia keenam amat menyayangi dan menghormati Almarhum Bapa Kemerdekaan Negara itu.

Berdasarkan kepada Fakta Sejarah, Bapa Kemerdekaan Malaysia, Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Jenazah Almarhum kemudiannya telah dibawa ke kediamannya di No.1, Jalan Bukit Tunku sebelum dibawa ke Bangunan Parlimen untuk Upacara Penghormatan Terakhir Negara.

Jenazah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya telah diterbangkan dengan pesawat TUDM C-130 Hercules ke Alor Star, Kedah, negeri asal Almahrum untuk disemadikan dengan penuh Istiadat penghormatan negara di Makam Di Raja Langgar, Alor Star Kedah.

Semoga Roh Almarhum dicucuri Rahmat dan ditempatkan dikalangan Orang Orang Soleh. Alfatihah. Amin!

No comments:

Post a Comment