Tuesday 19 February 2013

111 BUAH RUMAH NIKMATI AIR BERSIH






SERAH CEK.....Saddi menyerahkan cek tunai bernilai RM25,530 kepada Jabatan Air sebagai bayaran meter  air untuk 111 buah rumah di Kampung Tg Aru.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SUKAU : Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman menjelaskan penduduk yang tinggal di pesisir pantai akan terus menikmati pelbagai kemudahan asas yang disalurkan kerajaan BN bagi kesejahteraan kehidupan rakyatnya.

Memang satu-satu projek yang dipohon ada kalanya terlalu memakan masa bertahun-tahun lamanya kerena mengambil kira kepentingan dan keperluan rakyat dan perlu melalui pelbagai proses terperinci oleh pihak atau kementerian berkenaan.

Kampung Tanjung Aru di bawah DUN Sukau yang terletak di pesisir pantai yang selama ini memang tidak mempunyai bekalan air bersih hanya mengharapkan tadahan air hujan ataupun perigi, kini sudahpun menikmati bekalan air bersih daripada Jabatan Air.

Saddi berkata demikian kepada media semasa  beliau menyerahkan cek tunai  sebagai pembayaran meter air Fasa K2 berjumlah RM25,530 untuk 111 buah rumah di Kampng Tanjung Pasir, baru-baru ini.

Kata Saddi, usaha murni ini membuktikan keupayaan kerajaan BN yang diberi mandat oleh rakyat tidak akan putus-putus membantu rakyat dalam pelbagai aspek; tidak kira di mana mereka berada.

Saddi menasihatkan para pengundi tegar BN/UMNO supaya tidak terpengaruh oleh dakyah-dakyah kotor yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang  seperti PAS dan PKR kepada pucuk pemimpin kerajaan BN-UMNO.

"Macam mana Pakatan Rakyat mahu menjadi kerajaan di negara ini khususnya di Sabah, belum lagi parti mereka menang sekarang sudah bercakaran sesama sendiri. Saling  timbul  rasa tidak puas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen dan kerusi DUN yang masing-masing mahu lebih; tidak mahu kurang. Ini jelas menunjukkan mereka belum matang berpolitik apa lagi untuk mentadbir negara,” tegas Saddi.

No comments:

Post a Comment