Saudara Pengarang,
SEAWAL jam 8 pagi hari ini,
lebih 30 orang terdiri daripada penduduk anak negeri Sabah telah berhimpun di
pekan Telupid untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap maksud kandungan
atikel bertajuk 'Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabah' tulisan Hj.Nungka Andi Masrapi
Madder daripada Kg. Paris 1, Kinabatangan, kerana berunsurkan hasutan,
penghinaan dan mempersoalkan hak, kedudukan dan keistimewaan penduduk anak
negeri Sabah, yang diterbitkan melalui laman sesawang Sabahkini pada 6 Februari
2013, telah memberi impak yang bertentangan dengan Akta Keharmonian Nasional.
Satu laporan Polis telah
dibuat di Balai Polis Telupid oleh kumpulan NGOs yang terdiri daripada anggota-anggota
Angkatan Perubahan Sabah (APS), United Borneo Front (UBF), Jaringan Orang Asal
Sabah (JOAS) dan diiring oleh seorang Ketua Cawangan UMNO Kinabatangan yang
turut menyokong perlaksanaan aduan.
Pada pandangan umum hampir semua
maksud kandungan artikel Hj. Nungka mengandungi kecenderungan menghasut bagi
mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan
penduduk yang berlainan di Malaysia dan mempersoalkan hak, taraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan dan hak kuasa yang ditetapkan dan dilindungi oleh Perlembagaan
Persekutuan.
Dalam penerbitan artikel
tersebut, Hj. Nungka telah membuat persediaan dalam bentuk tulisan sebagai
senjata untuk mempengaruhi pandangan, perasaan dan kelakuan orang Bugis yang
ada di muka bumi Sabah dengan kenyataan bahawa; "Jumlah orang Bugis yang
ada Mykad yang diberikan oleh pemimpin UMNO sudah mencecah 1.7 juta dan pada
bila-bila masa sahaja kami boleh menindas kaum yang mengaku anak jati Sabah."
Dengan Kenyataan Hj. Nungka
ini, telah mengancam kedaulatan Negara, keselamatan dan keharmonian.
Hj.Nungka juga membabitkan
pemimpin UMNO yang telah memberikan Mykad kepada 1.7 juta orang Bugis.
Oleh itu, Kumpulan NGOs
mendesak supaya Polis di Raja Malaysia dapat mengambil tindakan secara
profesional untuk menyiasat kes ini sehingga ke akar umbi dan mengheret dalang
ke muka pengadilan.
Salam Reformasi,
JIKOL GAMBUD
No comments:
Post a Comment