Tuesday 5 February 2013

ADAT TITIKAS PENGIKAT BUDAYA






PALU GONG.....Masiung memalu Gong di majlis adat Titikas.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

BUKIT GARAM : Untuk mengekalkan satu-satu budaya  dan adat resam  eknik mengikut kepercayaan masing-masing haruslah disemai dan dipelihara  sehingga turun menurun kebeberapa generasi akan datang agar  tidak pupus  ditelan zaman.

Memelihara satu-satu adat itu harus ditingkatkan agar menjadi ikutan kepada orang muda supaya meneruskannya seperti acara Titikas ini  yang hampir lupus dan pupus di kalangan masyarakat Sungai di seluruh Kuamut dan Kinabatangan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata demikian kepada Sabahkini.Net sejurus selepas kunjungannya di Kampung Sinar Jaya Bukit Garam kelmarin.

Masiung menjelaskan, acara Titikas ini merupakan satu adat yang sudah menjadi budaya kepada kaum Sungai bertahun-tahun lamanya  sebagai adat bagi menyambut kedatangan orang kenamaan di sesebuah rumah yang dikunjungi; sambil memalu gong dan disediakan pelbagai jenis makanan.

“Saya minta kepada orang tua-tua agar dapat mengajar dan mendorong anak-anak mereka supaya mempelajari sedikit sebanyak adat acara Titikas agar tidak terhakis dan tenggelam di mamah zaman supaya berterusan dari zaman ke zaman, Ini adalah warisan bangsa kita yang dijalankan sejak nenek moyang kita lagi. Jadi siapa lagi kalau bukan kita anak-anak muda yang mewarisi untuk terus menghidupkan adat Titikas ini,” tegasnya.

Masiung dan rombongannya melakukan lawatan kerja kekampung Sinar Jaya adalah sambil mendekati rakyat agar segala masalah yang hadapi sedikit sebanyak dapat dipantau, walaupun tidak secara mendadak agar selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan sambil disusuli slogan 'Janji Ditepati'.

No comments:

Post a Comment