Saudara Pengarang,
STAR Ranau mengutuk keras
perbuatan menobatkan seorang pemimpin 'Penjajah Malaya' sebagai 'Huguan Siou'
untuk KDM di Sabah ini. Seburuk-buruk pun bangsa KDM, kita tetap menolak keras
orang asing sebagai 'Huguan Siou' kita.
Perjuangan STAR, walau pun
bukan berjuang untuk KDM, tapi sebagai orang Dusun tulen, saya merasa amat
jijik dan terasa bahawa penobatan seorang penjajah sebagai Huguan Siou kita
adalah amat keterlaluan dan mencemarkan masyakat KDM itu sendiri.
Mana mungkin kita angkat
seorang yang mengugut kita dengan keris dan memandang kita dengan mata tidak
sempurna untuk kita angkat sebagai wira KDM!
Usahlah terlalu taksub pada
kehebatan pemimpin penjajah. Usahlah berlumba-lumba kipas penjajah demi untuk mengejar
kedudukan dan pencalonan dalam PRU. Jangan gadaikan maruah bangsa demi untuk
kepentingan peribadi. Sabah ini kita punya, bukan Malaya yang punya!
Ingat dan kenali siapa dia
dan apa dia telah buat pada KDM? Siapa pelaksana dan Master Mind IC Projek di
Sabah? Siapa yang jatuhkan Kerajaan 'KDM' PBS? Siapa janji 100 hari Sabah dan
begitu bersungguh-sungguh laungkan Sabah Baru? Siapa pelopor kemasukan syarikat
sawit Malaya yang kini merampas terlalu luas tanah di Sabah?
Saya lebih gemar menggelar
dia 'Bapa Penjajah Sabah' atau 'Bapa Pengkhianat KDM'!
Salam Hormat,
SIDIE DEE
No comments:
Post a Comment