Saturday 16 February 2013

ANWAR TIDAK PERNAH KASIHANKAN RAKYAT SABAH







PAPAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama menjadi timbalan perdana menteri dahulu tidak pernah kesiankan rakyat Sabah.

“Sekarang dia buat-buat muka sedih konon dia kesian Sabah tak dapat cukup peruntukan pembangunan,” katanya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah termakan janji pembangkang yang menurutnya hanya tahu bercakap dan berjanji serta berpura-pura kesian dengan rakyat, khususnya di Sabah sedangkan yang pasti tidak mampu menunaikan apa yang dijanjikan.

“Masing-masing (pemimpin pakatan pembangkang) ada mimpi lain-lain…sebab itu mereka tak boleh menjanjikan masa depan yang lebih terjamin,” katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Papar di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata rakyat harus bijak memilih kerajaan yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menepati janji kepada rakyat.

“Kita (Barisan Nasional) akan sentiasa melakukan perubahan ke arah yang positif dan lebih baik demi masa depan rakyat. Kita tak nak masa depan yang tak tentu dan tak mahu tindak-tanduk kita dipersoalkan oleh rakyat nanti,” katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment