Saturday 16 February 2013

APA ERTINYA MILIKI GERAN KOMUNAL?







Saudara Pengarang,

GERAN Komunal (Geran Komuniti) tetap juga diluluskan walaupun telah dibantah oleh pemilik/pewaris tanah adat (NCR) di kawasan yang terlibat, terutama di Kampung Marau, Sipitang.

Bagaimana mungkin anda dikatakan sebagai pemilik, tetapi tidak dibenarkan mengusaha atau berkuasa ke atas tanah tersebut?

Semoga warga di empat kampung di kawasan ini mampu bertahan atau sekurang-kurangnya mendapat peluang untuk berunding bagi menentukan dasar-dasar dalam pemberi milikan Geran Komunal yang melibatkan kawasan tanah adat mereka.

Terima kasih kepada wakil PDRM (SB) yang turut hadir di majlis ceramah ini. Kehadiran anda amat dialu-alukan untuk memahami bahawa penduduk kampung/orang asal/Anak Negeri mempunyai hak ke atas pemilikan tanah menurut pegangan adat (NCR).

Salam Hormat,


GALUS AHTOI
PACOS Trust

21 comments:

  1. Kerajaan pasti akan menjaga hak rakyat. Jika memang tanah tu milik seseorang maka individu itu pasti akan dapat hak untuk mengusahakan tanahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepentingan rakyat didahulukan oleh kerajaan...

      Delete
    2. Rakyat perlulah diberikan kuasa untuk mengusahakan tanah milik mereka.

      Delete
    3. Tiada makna untuk memiliki geran komunal kalau tiada hak untuk mengusahakannya.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Geran Komunal @ Geran komuniti
    Objektif Pengeluaran Geran Komunal

    - Melindungi kepentingan anak negeri sabah ke atas tanah kerajaan disekitar kawasan perkampungan anak negeri.
    - Menyelesaikan isu tuntutan tanah hak adat anak negeri sabah tanpa melalui siasatan tanah.
    - Menyelesaikan isu pertindihan permohonan tanah dan pemberimilikan tanah yang seimbang dan adil.
    - Menghalang anak negeri sabah daripada menjual hakmilik tanah dan kelulusan permohonan tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan geran komunal akan melindungi hak anak negeri.

      Delete
  4. Dasar Pengeluaran Geran Komunal

    - Yab. Ketua menteri boleh memberi persetujuan ke atas mana-mana tanah kerajaan yang telah dirancang dan dicadangkan untuk pengeluaran geran komunal di bawah pindaan seksyen 76 ordinan tanah sabah.
    - Pemungut hasil tanah adalah pemegang amanah kepada geran komunal.
    - Geran komunal adalah merupakan syarat khas kepada geran nt/fr. Hanya anak negeri sabah yang ditakrifkan di bawah ordinan interpretasi anak negeri bab 64 yang boleh menjadi benefisiari kepada geran komunal.
    - Nama setiap benefisiari tercatat dalam geran komunal.
    - Premium dan sewa tanah tidak dikenakan ke atas geran komunal.
    - Penambahan, penyingkiran dan penggantian benefisiari hanya boleh dilakukan melalui siasatan terperinci oleh penolong pemungut hasil tanah daerah berkenaan dan tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur
    - Geran komunal boleh dibangunkan secara usahasama dengan agensi kerajaan atau swasta tertakluk
    - Kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur dan persetujuan yab ketua menteri
    - Geran komunal tidak boleh dipindahmilik atau dicagar.
    - Geran komunal boleh dipecah bahagi tertakluk kepada kelulusan pengarah tanah dan ukur.

    ReplyDelete
  5. Semoga kerajaan akan mengembalikan hak anak negeri kepada pemilik tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tunggulah berita baik mengenai isu geran komunal ini.

      Delete
  6. penduduk perlu diberi penjelasan mengenai kebaikan geran komunal.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan tuntutan Hak Tanah Adat Negeri (NCR), malah sentiasa memberi keutamaan kepada isu yang melibatkan kepentingan masyarakat setempat itu.

    ReplyDelete
  8. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menegaskan, sebagai kerajaan yang prihatin, setiap tuntutan NCR akan dikaji dan diteliti sedalam mungkin bagi mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.

    ReplyDelete
  9. isu NCR yang melibatkan kepentingan masyarakat tidak harus dimanipulasi oleh mana-mana pihak sebaliknya proses itu perlu ditangani bersama secara baik.

    ReplyDelete
  10. Katanya, dalam usaha menangani masalah itu kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Perhutanan menghentikan serta-merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan bagi membolehkan siasatan dilaksanakan dengan lancar.

    ReplyDelete
  11. "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kerajaan negeri juga telah mengambil inisiatif menukarkan rizab hutan kepada tanah kerajaan untuk memastikan lebih ramai orang asal mempunyai tanah," katanya.

    ReplyDelete
  12. Dalam pada itu, beliau berkata, bagi melindungi dan memelihara pemilikan tanah NCR sebanyak lima lagi kaedah dilaksanakan termasuk pemilikan tanah melalui proses kelulusan permohonan tanah yang menyaksikan seluas 190,452 hektar tanah telah diberi hak milik.

    ReplyDelete
  13. Katanya, kaedah kedua adalah dengan mewartakan tanah simpanan anak negeri yang menyaksikan seluas 53,190 hektar tanah diwartakan untuk kegunaan anak negeri.

    ReplyDelete
  14. "Kaedah seterusnya ialah dengan pemilikan tanah geran komunal, pemilikan tanah kepada agensi kerajaan untuk pembangunan ladang dan pemilikan ekuiti oleh anak negeri dalam pemilikan tanah pajakan pertanian

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete