Friday 22 February 2013

CAPS KINABATANGAN BAWA VISI PENGGUNA






WAWANCARA....Hj Salehuddin sedang diwawancara mengenai peranan CAPS di Kinabatangan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI


KINABATANGAN : Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Negeri Sabah (CAPS) bagi Daerah Kinabatangan akan dilancarkan  sebelum menjelangnya PRU 13.

Pengerusinya, Hj Salehddun Hj Anoi  menjelaskan dalam  sesi temubual eksklusif  dengan Sabahkini.Net  bahawa tujuan menubuhkan CAPS bermatlamat untuk melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan pemasaran, pemalsuan dan menindasan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

CAPS juga ingin memupuk kesedaran pengguna supaya arif dengan hak-hak mereka dan bersuara mengikut landasan hak-hak asas pengguna seperti; Hak untuk mendapatkan keperluan asas; Hak untuk mendapatkan keselamatan; Untuk mendapatkan maklumat; Hak untuk membuat pilihan; Hak untuk bersuara dan Hak untuk mendapat ganti rugi; Hak untuk mendapatkan pendididikan pengguna dan hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.

Kata Hj Salehuddin lagi, CAPS membantu kerajaan melalui pemantauan harga barangan keperluan harian terutama sekali harga barang-barang terkawal di seluruh Sabah dari semasa kesemasa di mana laporan pemantauan tersebut akan disalurkan kepada pihak kerajaan untuk bertindak lanjut.

Selain itu, CAPS membela pengguna dan kerumitan masyarakat pengguna di samping menyampaikan cadangan dan teguran kepada pihak yang berwajib agar tindakan seterusnya dapat dilakukan.


Caps juga akan bekerjasama dengan persatuan, pertubuhan  atau organisasi lain yang mempunyai misi, visi  dan matlamat  yang sama untuk melindungi masyarakat pengguna.

Jelasnya lagi, CAPS Kinabatangan kini sudah mempunyai keahlian seramai lebih 150 orang  dan 18 orang adalah ahli Jawatankuasa (Office Bearers)  dan 8 orang lagi telah dilantik sebagai Unit Penguatkuasa yang berfungsi untuk  memantau harga-harga barang yang mungkin dinaikkan oleh para peniaga yang tidak bertanggungjawab untuk meraihkan keuntungan dengan sewenang-wenangnya.

No comments:

Post a Comment