Saturday 9 February 2013

DAP SEMAKIN BERPENGARUH






KONGSI.....DAP Steven Wong mengageh-agehkan kad ucapan Gong Xi Fa Cai kepada para penyokongnya di Pasar Kim Fung.

Oleh : ROBBIN E  ANDAU

SANDKAN : Walaupun DAP sebagai parti pembangkang di Sabah yang mempunyai pengaruh besar di kalangan pengundi masyarakat Cina; namun masih berupaya memberikan kad ucapan Tahun Baru Cina sambil menjemput rakyat berbilang kaum untuk menghadiri Rumah Terbuka Gong Xi Fa Cai yang akan dilangsungkan di Lapang  Sasar; berhadapan pejabat DAP Bandar Litat, KM 7.6, Jalan Pintas Sandakan yang akan bermula dari jam 6.00 petang hingga jam 10 malam.

Pengerusi DAP Sandakan, Steven Wong yang secara kebetulan terserempak dengan  wartawan Sabahkini.Net semasa beliau dan rombongannya mengageh-agehkan kad ucapan Tahun Baru Cina di pasar malam Kim Fung.

Wong  antara lain menjelaskan DAP semakin diterima bukan sahaja di kalangan masyarakat Cina, bahkan DAP kini sudah mempunyai keahlian pelbagai kaum, 70 peratus daripadanya golongan muda.

Wong menjelaskan ini membuktikan orang Melayu di Pulau Pinang  sudah hampir mencecah 80 peratus menyertai DAP; termasuk di Kota Kinabalu sahaja 40 peratus Muslim dan 60 peratus Sino Kadazan.

Katanya lagi, DAP mempunyai keyakinan penuh untuk memenangi kerusi-kerusi di kawasan bandar pada PRU 13 nanti kerana masyarakat Cina di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak sudah menolak mentah-mentah kerajaan BN kerana tiada ketelusan dalam menjalankan pentadbiran kerajaan.

Tambah Wong lagi, di Semenanjung pula 80 peratus masyarakat Cina, India dan Melayu sudah menolak kerajaan BN kerana rakyat sudah tidak tahan kerana para pemimpinnya bukan sahaja mengamal rasuah, tetapi telah menyalahguna kuasa sehingga tidak terkawal.

No comments:

Post a Comment