Monday 25 February 2013

DUA TENTERA 'SULTAN SULU' DITEMBAK MATI?





TENTERA......Dua orang tentera ini merupakan pemimpin yang berpengaruh dalam tentera Sultan Sulu yang terkepung di Tanduwau, namun tidak diketahui apakah mereka  dua daripada yang dikhuatiri terbunuh?


SABAHKINI.NET menerima maklumat tidak rasmi daripada koresponden bahawa dua daripada 300 orang ketumbukan tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati. 

Bagaimanapun kata sumber itu lagi, kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak berkuasa Malaysia; sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat. 

Kematian dua tentera itu akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia. 

Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut Koresponden Sabahkini.net, beliau dan saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian dan kecederaan belum dapat disahkan. 

Sabahkini.net akan mengeluarkan siri khas berhubung insiden pencerobohan ini dalam masa terdekat. Bagi tentera yang memiliki MyKad, mungkin tiba masanya pulang ke Filipina setelah menerima BR1M 2.0 sebelum tertembak!

No comments:

Post a Comment