Thursday 7 February 2013

DUA TERCICIR TERIMA BRIM 2.0 KERANA LHDN CUAI






Saudara Pengarang,

SEORANG ibu tunggal dan seorang warga miskin terkilan apabila nama mereka tercicir daripada senarai layak menerima BRIM 2.0,  bantuan kerajaan yang disasarkan tidak mengenal paras rupa dan menidakkan hak seseorang.

Dalam sejarah Negeri Sabah, tidak pernah didengar warga miskin mendapat gaji bulanan RM3,000 ke atas.

Namun kisah dua orang mangsa yang tercicir akibat kecuaian kakitangan LHDN cawangan Sandakan, Sabah kerana mereka menerima bulat-bulat aduan dari orang awam menyatakan bahawa Arniah Binti Aidil (Ibu Tunggal) dan Siti Nurbayah Binti Baharudin (Miskin) menerima gaji RM3,000 sebulan.

Dari segi lojiknya, bolehkah seseorang itu pada tahun 2012 layak menerima bantuan BRIM 0.1 dalam jangkaan setahun, dua penama tersebut boleh mendapat lonjakan gaji sehingga RM3,000 sebulan?

Akibatnya, nama mereka terkeluar daripada senarai layak menerima BRIM 2.0, sedangkan mereka merupakan penerima bantuan bulanan melalui program MY KASIH berakhir November 2013.

Kelakuan tidak wajar oleh kakitangan LHDN telah menimbulkan kekelirun dan mendatangkan trauma kepada dua mangsa yang teraniaya oleh 'Aduan Palsu' sehingga terpaksa membuat aduan kepada pemimpin akar umbi untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai Pengerusi JKKK Kampung Air, Sandakan, saya beranggapan kes dua mangsa penganiayaan tersebut tidak boleh diselesaikan dengan mudah kerana kriteria yang diperlukan ialah mereka harus membuat rayuan semula.

Saya berharap kakitangan LHDN yang melakukan kesalahan dan penganiayaan ini wajar disiasat dan diambil tindakan setelah menerima aduan tanpa usul periksa melalui maklumat borang permohonan asal atau biodata berkomputer pemohon pada tahun 2012.

Bukankah zaman sekarang bukan lagi zaman manual. Semuanya mengunakan kuasa maya yang cepat dan canggih. Maklumat hanya berada di hujung jari. Lainlah jika pegawai LHDN tidak mempunyai jari?

Jangan sampai orang awam mengajar kita cara buat kerja yang terbaik, seharusnya kita tahu apa yang kita buat sebagai kakitangan kerajaan.

Salam Hormat,

JAFAR BIN MUSTAFAH 

No comments:

Post a Comment