Saturday 16 February 2013

GERAKKAN PDM KE TAHAP MAKSIMA







SERAGAM..... Nasir (dua kiri) diringi Abdul Rashid (kiri); Tahir Amir (kanan) dan OKK Musa (dua kanan) memakaikan baju seragam kepada salah seorang AJK PDM Kawasan Senalllang sempena majlis itu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN

SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menyeru semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (KPDM) UMNO  Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Senallang menggerakkan jentera pilihanraya ke tahap maksima dan tidak sambil lewa, sebaliknya bekerja dengan lebih bersemangat mengukuhkan jentera parti di setiap pusat daerah mengundi (PDM).

Katanya, semua bilik gerakan PDM harus sentiasa bersiap sedia dan mengemaskini senarai pengundi serta mengesan semua pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, walaupun tarikh pilihanraya belum diketahui, namun persediaan awal itu penting untuk menyelaras semua markas dan daerah mengundi dengan bilik gerakan bahagian serta bilik gerakan utama kawasan DUN dan cawangan-cawangan.

Nasir menambah, jentera parti perlu menggerakkan mekanisma baru dan perlu lebih kreatif serta responsif dalam menjalankan gerak kerja.

Beliau berkata demikian sempena Perhimpunan Jentera Pilihanraya Pusat Daerah Mengundi Kawasan DUN Senallang di sini.

Hadirsama sempena majlis itu Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Haji Abdul Rashid Mamun; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Semporna, Mohd Aziz Haji Jamman; Naib Ketua Pergerakan Putera UMNO Semporna,Siti Hana Jumadil; Ketua Bahagian PBS Semporna,Hassan Gabrah; Ketua Pemuda MCA Semporna,  Teo; Setiausaha Gerakan Semporna, Steven Gan; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan DUN Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Perhubungan ADUN Senallang, Haji Zainal Jalaludin.

Nasir berkata, semua Ketua PDM perlu melipatganda usaha mendekati pengundi di semua cawangan termasuk golongan muda.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, menambah kerjasama di kalangan parti-parti komponen juga harus lebih kuat dan memainkan peranan dengan penuh ikhlas dan efektif.

Katanya, setiap entiti yang ada dalam parti termasuk pemuda, puteri dan wanita perlu digerakkan ketahap maksimum kerana pada masa kini tiada lagi istilah bersenang lenang ataupun penilaian rambang di mana setiap analisis hendaklah tepat serta menggunakan strategi baru.

Sempena majlis itu Dato Sri Nasir menyampaikan pakaian seragam kepada semua Ketua PDM Senallang.

44 comments:

  1. Replies
    1. Semoga PDM Senalang akan berusaha menggerakkan jentera mereka untuk berhadapan dengan PRU-13.

      Delete
    2. Kebajikan rakyat harus diutamakan.

      Delete
  2. Replies
    1. PRU-13 dah semakin hari, semakin dekat, baik bersiap sedia untuk menghadapinya.

      Delete
  3. Replies
    1. Sistem yang terbaik haruslah digunakan bagi mencapai kemenangan.

      Delete
    2. Sistem yang dilaksanakan harus dipantau agar terus mencapai tahap yang memuaskan.

      Delete
  4. Replies
    1. Rakyat haruslah diutamakan oleh pemimpin kita.

      Delete
    2. Hak dan kepentingan rakyat harus diutamakan.

      Delete
  5. Jangan siakan sokongan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan daripada rakyat haruslah dihargai.

      Delete
  6. The people have given their utmost support.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan akan beri yang terbaik agar taraf kehidupan dapat diperbaiki lagi.

    ReplyDelete
  8. Rakyat akan memberi sokongan untuk kerajaan yang benar ikhlas untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  9. Golongan muda yang lebih susah menilai siapakah parti yang mereka sokong.

    ReplyDelete
  10. Parti komponen harus memberi sokongan yang mantap agar terus berkuasa dan memberi yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  11. Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
    Hamidi meminta parti komponen Barisan Nasional (BN) menguatkan jentera
    masing-masing dan berusaha mendapatkan sokongan semua kaum.

    ReplyDelete
  12. Pendekatan bukan saja meliputi kaum yang diwakili, tetapi semua pengundi yang berpotensi menyokng BN

    ReplyDelete
  13. Zahid berkata sikap sentiasa turun padang
    juga harus diamalkan semua pemimpin dan tidak sekadar menunggu pilihan
    raya semata-mata.

    ReplyDelete
  14. "BN bukannya parti bermusim seperti
    pembangkang iaitu apabila tibanya musim buah (pilihan raya) maka
    barulah mereka jadi kelawar.

    ReplyDelete
  15. Barisan Nasional (BN) masih mempunyai masa untuk memperkukuh dan
    menguatkan imej parti serta individu yang akan bertanding pada pilihan
    raya umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  16. bagi mencapai tujuan tersebut, perpaduan perlu diterapkan di kalangan
    pemimpin anggota parti serta parti komponen selain penekanan terhadap
    generasi muda yang merupakan pengundi baru.

    ReplyDelete
  17. beberapa permasalahan yang berlaku di dalam parti serta di kalangan pemimpin dapat diperbaiki dan diselesaikan sebelum PRU-13.

    ReplyDelete
  18. Ketelusan Barisan Nasional (BN) untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang diiringi kesungguhan melibatkan semua persediaan berlangsung lancar dengan anggota jentera siap siaga selain barisan calon juga telah lengkap.

    ReplyDelete
  19. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa bakal calon yang tersenarai dalam PRU akan datang telah pun dipastikan latar belakang mereka bersih dari pelbagai kesalahan sama ada kesalahan di SPRM, jenayah, bankrap dan lain-lain lagi.

    ReplyDelete
  20. “Kita pastikan ketelusan dan ia telah menjadi amalan dalam Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi namun malangnya ia turut diangkat sebagai bahan manipulasi oleh pembangkang apabila BN melakukan penelitian sedemikian walhal dalam pakatan pembangkang itu sendiri tidak pernah membuat analisis sebagaimana BN yang merujuk calon-calonnya kepada pihak berkuasa,” katanya.

    ReplyDelete
  21. Ujarnya, pakatan pembangkang sehingga ke hari ini masih terus-terusan bergelut dengan isu dalaman mereka biarpun setelah hampir sepenggal membentuk kerajaan di empat buah negeri sebagaimana di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan.

    ReplyDelete
  22. “Ini adalah bukti bahawa mereka tidak pernah sepakat apatah lagi untuk merealitikan janji pada rakyat dan jika benar pakatan pembangkang mempunyai aliran yang sama dan tidak saling bercanggah mengapa sampai ke hari ini mereka tidak mempunyai satu lambang kesatuan sebagaimana BN berdepan dengan pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  23. “Manipulasi pakatan pembangkang bukan saja membuat tuduhan dan pelbagai persepsi negatif terhadap UMNO dan BN tetapi mereka juga menggambarkan kononnya mereka bersih, telus dalam pentadbiran dan tidak korup namun sebenarnya ia juga adalah manipulasi,” katanya.

    ReplyDelete
  24. Tegasnya, bayangkan bagaimana pakatan pembangkang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan pentadbiran BN sedangkan untuk membina satu logo atau lambang sebagaimana dacing bagi BN pun mereka gagal laksanakan.

    ReplyDelete
  25. “Pakatan pembangkang hanya ada tiga parti sahaja tetapi sampai ke hari ini mereka masih gagal memutuskan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, kabinet bayangan tidak ada dan banyak berlaku percanggahan pendapat antara ketiga-tiga pemimpin parti.

    ReplyDelete
  26. “Dalam BN ini semua tidak berlaku kerana setiap keputusan diambil secara konsensus iaitu melalui perbincangan bersama dan disepakati oleh semua 13 anggota komponen parti walaupun ada diantaranya adalah parti yang kecil.”

    ReplyDelete
  27. Beliau turut membidas pakatan pembangkang lantaran gagal memastikan janji-janji kepada rakyat sebagai realiti sebaliknya masih juga memburuk-burukkan BN dan UMNO.

    ReplyDelete
  28. “Setiap janji yang dilafazkan mesti ditunaikan dan sekiranya kita tidak pasti bahawa apa yang diperkatakan dapat dilakukan maka jangan sesekali berjanji apatah lagi dalam hal-hal yang membabitkan pentadbiran, kebajikan dan kesejahteraan dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  29. “Sudahlah janji yang dibuat pada rakyat tidak ditunaikan jadi mereka mula mencari ruang untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada bertumpu kepada kegagalan mereka dengan melemparkan pelbagai tuduhan kepada BN walhal kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  30. Menjelangnya pilihan raya yang bakal diadakan dalam masa terdekat, beliau juga menegaskan tidak mengambil endah dengan pakatan pembangkang kerana BN mempunyai gerak kerja mantap untuk masa hadapan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  31. “Segala persediaan bagi berdepan PRU telah dilakukan termasuklah calon-calonnya yang mana ia bukanlah ditentukan oleh parti atau individu yang tertentu sebaliknya rakyat sendiri memilih untuk mewakili mereka.

    ReplyDelete
  32. “Kita mahukan calon yang rakyat hendak dan sepakat biarpun dalam BN adalah gabungan 13 kompenan parti tetapi kita gunakan satu simbol sahaja. Ia tidak sama seperti pakatan pembangkang yang sehingga ke hari ini masih tidak berdaftar atas satu kesatuan dan tentunya mereka akan terus menggunakan lambang masing-masing apabila bertanding dalam pilihan raya nanti.”

    ReplyDelete
  33. Berdasarkan perkembangan semasa, beliau berkeyakinan bahawa rakyat sudah mulai sedar dan memahami bahawa pembangkang ini adalah satu entiti yang tidak boleh digunapakai.

    ReplyDelete
  34. “Mereka ini akan mementingkan diri masing-masing dan apa yang mereka lakukan bukannya untuk rakyat keseluruhan sebaliknya atas agenda sendiri.”

    ReplyDelete