Monday 4 February 2013

HARGAILAH NIKMAT PEMBANGUNAN PENDIDIKAN






BANTUAN KHAS.. Khairul (dua kanan) ditemani ibunya menerima Bantuan Khas Awal Persekolahan disampaikan Dato Sri Nasir (dua kiri). Turut kelihatan Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah II (tengah) dan Hj.Raduan Abd Rahman (kiri) sempena majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan di Semporna.

Oleh:ARSHAD HUSSIN                

SEMPORNA : Menteri DiJabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat mensyukuri nikmat kemakmuran, keamanan, pembangunan dan pelbagai bantuan yang diberikan kerajan Barisan Nasional (BN) selama ini, khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan.

Katanya, hanya dengan memiliki ilmu pelajaran sahaja mampu mengubah kehidupan setiap rakyat di masa hadapan.

Beliau menegaskan, kerajaan sentiasa berusaha memenuhi keperluan pendidikan termasuk menambah bilangan sekolah, asrama, guru dan menyediakan lebih 20 jenis bantuan kepada pelajar sekolah seperti bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin, rancangan makanan tambahan, susu 1 Malaysia, buku teks dan bantuan uniform persatuan beruniform di sekolah.

Nasir berkata demikian sempena majlis penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan kepada 1,600 orang pelajar SMK Datuk Panglima Abdullah II dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Haji Raduan Hj Abdul Rahman; Pengetua SMK Datuk Panglima Abdullah II, Puan Gambalidah Hj.Jahiri; Pengerusi PIBG, Manja Mohd.Yusof; Pemimpin UPKR Dun Senallang, Haji Tahir Amir dan Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Hj.Musa Sabaani.

Nasir berkata, daerah itu amat bertuah kerana pada masa dahulu hanya memiliki sebuah  sekolah menengah tetapi sekarang sudah mempunyai sembilan buah  sekolah menengah, tujuh buah daripadanya adalah sekolah berasrama.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang, kecewa dengan kenyataan pihak pembangkang yang selalu menafikan pembangunan yang dilaksana kerajaan BN dan menuduh kerajaan tidak berbuat apa-apa di kawasan itu sedangkan realitinya Daerah Semporna kian membangun dari segi pembangunan infrastruktur;sosio-ekonomi; sosio-pendidikan; Kesihatan dan menjadi destinasi pelancongan yang tersohor di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu Nasir mengingatkan golongan ibubapa memanfaatkan bantuan khas awal persekolahan itu untuk tujuan dan keperluan pelajaran anak-anak mereka dan tidak menggunakan untuk tujuan lain.  

No comments:

Post a Comment