Tuesday 19 February 2013

JANGAN BUAT SPEKULASI LIAR






KESAL....Datuk Zakaria melahirkan kekesalan dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu dan mendesak kerajaan menyelesaikan segera.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI


GUM-GUM : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris menyeru rakyat di Sabah agar tidak membuat spekulasi yang tidak tepat mengenai pencerobohan warga asing yang bersenjata dan berpakaian lengkap ala-tentera di Felda Sahabat, Lahad Datu, baru-baru ini.

Rakyat di negeri ini khususnya di daerah Lahad Datu dan Sandakan tidak perlu bimbang kerana kita mempunyai pasukan keselamatan seperti Polis, Tentera, Navy, Polis Marin dan Maritim kerana mereka sentiasa mengawal perbatasan negara sekalipun pesisir yang luas.

Zakaria berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan Sabahkini.Net Wilayah Sandakan kelmarin ketika mengulas satu kenyataan media yang tersiar di Sabahkini.Net pada 18 Feb 2013 bertajuk  'USCO Bantah Tuntutan Sultan Sulu.'

Zakaria  menyokong  kenyataan Presiden USCO,  Bentan Alamin yang tidak bersetuju dengan tindakan 'Sultan Sulu' yang meminta pengiktirafan kedaulatannya dan tentera Diraja Kesultanan Sulu serta menghentikan pengusiran orang Suluk yang sepatutnya tidak timbul.

Apapun kata Zakaria, untuk menyelesaikan kes ini biarlah kita serahkan sahaja kepada pihak kerajaan untuk mengadakan rundingan dalam keadaan baik tanpa menimbul sebarang perkara yang tidak diingini.

Dalam perkembangan politik tanah air, khususnya di kawasan Gum-Gum, Zakaria menjelaskan rakyat di kawasan DUN Gum-Gum teguh menyokong kerajaan BN yang memerintah sekarang demi meneruskan agenda kerajaan bagi merealisasikan pembangunan yang pesat untuk dinikmati  rakyat jelata.

Gum-Gum, kata Zakaria ,adalah kubu BN/UMNO dan bukannya mudah parti pembangkang merampas kerusi DUN pada PRU 13 nanti; sekalipun pembangkang telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap beliau.

“Rakyat di kawasan ini sudahpun banyak menerima pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan, khususnya membina Program Perumahan Rakyat PPR, menaik taraf jalan-jalan kampung dan memberikan bekalan elektrik,” ujarnya.

Tambah Zakaria jentera untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti UMNO/BN Gum-Gum khususnya Libaran sudah siapa siaga untuk berdepan dengan PRU 13 ini yang bakal diadakan bila-bila saja.

No comments:

Post a Comment