Wednesday 27 February 2013

JANGAN POLITIKAN ISU AGAMA DI SABAH







KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Penerangan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI’S), Afidah Bujang mengingatkan pemimpin politik supaya tidak menyentuh perkara berkaitan agama bagi menjaga keharmonian dan toleransi antara kaum di negeri ini.

Beliau kesal kerana sejak kebelakangan ini isu agama sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu bagi menunjukkan mereka menjuarai kaum yang diwakili menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Parti politik yang bertanding dalam pilihan raya ke 13 bagi akan datang diminta supaya tidak menyentuh perkara berkaitan agama dalam kempen mereka. Menurut beliau berkata penduduk di Sabah tidak mempunyai masalah agama dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan agama bukan isu di kalangan penduduknya.

 "Saya tidak mahu orang luar datang ke sini hasut isu agama. Kalau mereka lakukan demikian, kita akan ambil tindakan tegas dan minta kepada semua pihak jangan cuba dengan sengaja menyentuh sensitiviti agama dan kaum tertentu sehingga boleh mencetuskan rasa tidak senang hati di pihak lain,” tegasnya.
          
Menurut beliau, ajaran setiap agama menjurus kepada kebaikan dan kerukunan hidup manusia dan sesuatu yang amat mengecewakan apabila masih ada pihak atau kumpulan yang sengaja mempolitikkan isu agama untuk agenda peribadi. Kalau mereka lakukan demikian, kita akan ambil tindakan tegas” katanya semasa perlantikan AMT PRIBUMI'S di ibu negeri Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment