Wednesday 27 February 2013

JEFFRY GANTI MUIS DI SEBATIK?



 



OLEH: SHAIMON S JUMADI

TAWAU : Seorang  aktivis muda yang begitu aktif dalam Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi kerja-kerja amal kepada masyarakat di Tawau, kemungkinan berpeluang besar untuk menjadi calon pada PRU 13 ini atas tiket BN; sama ada di kawasan Balung ataupun di kawasan DUN Sebatik.

Sabahkini.Net telah difahamkan atas sumber-sumber yang diperoleh daripada masyarakat Tawau yang boleh dipercayai, anak muda ini kemungkinan berpeluang untuk dipilih sebagai calon kerana telah mendapat sokongan daripada para pemimpin kanan UMNO terutamanya Datuk Hj Taufik Datuk Hj Abu Bakar Titingan Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) N55 Apas.

Sebelum ini, anak muda yang dimaksudkan pernah menjadi  Yang Dipertua PERKASA Negeri Sabah, tetapi telah meletakan jawatannya pada bulan Disember 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kini beliau telah memegang jawatan barunya dalam NGO sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) yang beribu pejabat di Tawau.

Nama Dato Seri  Mohamed Jeffry Rosman memang tidak asing lagi di Sabah kerana penglibatannya dalam NGO begitu menyerlah dalam membuat kerja-kerja amal dan kebajikan.

Mungkin masyarakat di Tawau masih ingat di mana berlaku peristiwa hitam telah menghantui para penduduk Taman Perumahan Titingan apabila penduduknya telah terminum air mayat selama seminggu ekoran seorang pekerja penjaga tangki  mati jatuh kedalam tangki tersebut.

Pada masa itu Jeffry masih menyandang jawatan Yang Dipertua PERKASA Negeri membawa kes ini dan telah menuntut saman sebanyak RM100 juta kepada pihak pemaju sebagai ganti rugi terhadap lebih 1000 penduduk tersebut yang telah terminum air mayat selama seminggu.





Ekoran daripada fenomena itu, rakyat di Tawau begitu menghargai sumbangan dan khidmat Jeffry yang tidak ternilai harganya kepada masyarakat; khususnya lebih 1,000 pendudukan Taman Perumahan Titingan  yang dapat pembelaan dari seorang pemimpin kerdil yang berjiwa rakyat.

Hubungan Jeffry dengan Datuk  Taufik memang begitu akrab sekali, maka sehubungan itu Taufik amat menyokong jika Jeffry diberikan peluang sebagai calon pada PRU 13 nanti; sama ada kawasan DUN Sebatik ataupun Balung. Namun terpulang kepada budibicara Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak untuk membuat keputusan,

Menurut Jeffry, Resume atau Biodata peribadinya sudahpun dihantar ke Jabatan Perdana Menteri tiga bulan yang lalu.

“Saya terlebih dahulu ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net kerana banyak membantu dalam membuat siar raya; khususnya mengenai peranan saya sebagai pemimpin NGO sehingga nama saya begitu popular dipersada politik dan NGO tanah air,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment