GEORGE TOWN : Pengerusi DAP
Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
akan menjadi Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau menyifatkan dakwaan
kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan
sebagai satu spekulasi.
"Pilihan DAP adalah
Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR
(Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada
sidang akhbar di sini Selasa.
Baru-baru ini, akhbar
melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana
menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan
melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.
Menurut laporan itu, Anggota
Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya
dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin
kuat. (Bernama)
No comments:
Post a Comment