Thursday 28 February 2013

KDN SERING MENYUSAHKAN RAKYAT SABAH?






Oleh: ZIKRI ZAKARIA

TIMBALAN Pesuruhjaya Pas Sabah, Hj Hamzah Abdullah, bidas Kementerian Dalam Negeri di atas kerenah birokrasi yang banyak menyusahkan orang asal Negeri Sabah.

Beliau merujuk kepada permohonan kad pengenalan bagi penama Vivealin, bangsa Mangkaak, no siri Sijil Lahir: 46/2000, yang tercatat sijil lahir beliau dengan perkataan PENDAFTARAN LEWAT.

Catatan ini telah menimbulkan banyak kesulitan kerana ibunya, Jadikah Jangil, terpaksa pergi ke Mahkamah Majistret untuk kes pengesahan status warganegara terlebih dahulu.

Hj Hamzah kesal dengan  birokrasi sebegini kerana ia adalah penghinaan ke atas orang asal. Sudahlah mereka datang jauh dari Pedalaman Sabah, kini mereka terpaksa pula menunggu bertahun lamanya sebelum kes mereka di dengar di Mahkamah Majistret bagi mengesahkan status kewarganegaraan mereka.

"Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan tidak lebih hanya seperti 'tin kosong' yang tidak ada apa-apa erti dan harga," demikian tegas Hj Hamzah, yang juga YDP PAS Batu Sapi.

No comments:

Post a Comment