Tuesday 12 February 2013

KEPINCANGAN DI DUN SUKAU?





Saudara Pengarang,

SAYA mewakili penduduk Kampung Lipung Hidayat, Mukim Suan Lamba, Kinabatangan Sabah ingin menyuarakan rasa ketidakpuasan hati penduduk kampung terhadap kepimpinan di kampung tersebut mengenai beberapa perkara yang dinyatakan di bawah.

01. Banyak projek pembangunan tidak dilaksanakan dengan sempurna.

02. Projek baik pulih rumah penduduk kampung kelihatan seperti reban ayam sahaja. Baik pulih tidak setimpal dengan peruntukan oleh pihak kerajaan.

03. Jalan Hidayat ke Lipung tidak siap sepenuhnya, hanya separuh jalan sahaja disiapkan. Ini menyukarkan kenderaan penduduk tempatan untuk melaluinya.

04. Peruntukan rumah PPRT banyak dimiliki oleh golongan berkepentingan (ahli keluarga Ketua Kampung sahaja) sedangkan penduduk kampung amat memerlukan rumah tersebut.

Sehubungan itu, saya berharap agar Adun N48 Sukau dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini sebelum PRU13 yang akan datang demi menjaga nama baik parti yang memerintah. Semoga semua janji akan dapat ditepati.

Salam Hormat,

APLHA BETA

No comments:

Post a Comment